Okay. Kepada sesiapa yang nak hire photographer at a very cheap price for occasion like cukur jambul or birthday party, engagement, kids, toddlers, do contact me okay. I can give you very special price and package. No kidding~!
To see my snaps, just log on to my Flickr. The link is at the sidebar. Firstly, thanks for your support! :X
Monday, 13 July 2009
Pengumuman!!
written by Miss Kemek at 8:53 PM 2 comments
Tuesday, 7 July 2009
Terbiar.
Blog aku ni dah makin terbiar sekarang. Dah tak ada masa nak kemaskini. Sejak kerja ni, tak ada cerita menarik yang nak dicerita. Kalau ada pun, dah malas nak tulis dekat sini. Kalau ada pembaca yang nak tahu apa-apa yang terbaru, carilah aku di Facebook. Semua yang terkini tentang aku ada dekat situ. At least dekat situ jelah yang aku banyak habiskan masa sekarang ni.
Jumpa di Facebook okay.. :)
written by Miss Kemek at 10:15 PM 0 comments
Monday, 29 June 2009
Pemandu KL memang gila.
Puasa aku hari ni dapat markah kurang, semua gara-gara pemandu dekat KL ni. Apa masalah mereka ni ha?? Aku tak faham betul la. Orang lain pun kejar masa juga, nak sampai rumah cepat juga, bukan kau sorang yang ada anak bini, yang ada temujanji (macam aku tadi). Aku pun nak buka puasa juga. Semua pentingkan diri sendiri. Lagi-lagi cina lelaki. Ah cina perempuan pon sama juga lah. Ada satu van tadi seboleh tak nak bagi aku masuk lorong dia, dia himpit kereta aku sampai aku yang kena ke tepi. Memang dasar pariatatat bak kata si Balqish. Alamak!! Balqish dah berlepas naik kapal terbang! Aiyo macam mana aku boleh lupa ni...( Balqish sahabat baik aku yang telah berlepas ke Maldives untuk buat praktikal di sana. Dem mati aku kena marah ni nanti.) Ok sambung cerita tadi. Ha dahlah selfish, nak masuk lane orang, datang dari mana tah terus je tala muncung kereta sebelah kereta aku. Pergh, panas hati betul la ngadap orang macam ni. Dan lagi sekali orang itu adalah dari kaum cina. Yes aku memang racist. Cina atas jalan semua macam haram. Bos aku je orang cina yang paling baik yang pernah aku kenal. Hari tu dia nak bincang something dengan aku tapi masa tu dah pukul 5 petang. Dia yang tanya aku dah sembahyang ke belum. Aku jawab lah belum. Terus dia kata pergi sembahyang dulu baru discuss. Waaa..terharu aku. Lagi best kalau dia masuk Islam. Amin.
Lagi satu kejadian hari ni yang membengangkan aku ialah orang yang suka double park lama-lama tak sedar diri yang kereta dia tu dah menyusahkan orang nak keluarkan kereta. Baru je jadi dekat aku tadi. Ada dalam 20-25 minit aku tunggu dalam kereta dengan Sak sambil hon-hon mengharapkan tuan punya kereta datang dan angkat tangan tanda minta maaf. Tapi tak muncul-muncul juga orang tu. Aku bengang aku hon panjang-panjang 5 harkat baru lah orang tu muncul. Aku dah ready nak maki "yu tahu tak ai tunggu berapa lama?? selfish!" tapi aku tangan aku dipegang oleh lelaki yang berhati mulia lembut hati tak nak marah a.k.a Sak. Terbantut misi memaki aku. Dan memakilah aku sorang-sorang dalam kereta. Untuk pengetahuan, lelaki yang buat hati aku panas itu sekian kalinya adalah cina. Fine. Kaum korang memang kurang sopan atas jalanraya.
Dah, malas nak cerita panjang lagi pasal ni. Menyakitkan hati aje. Hmm last weekend family aku buat Father's Day BBQ Party. Aku ada shoot banyak gambar tapi semua di upload di Facebook aje. Dekat Flickr tak banyak lagi. Tapi nak jenguk bolehlah. Macam biasa klik dekat link sebelah ni okay.
Weekend ni nak pergi 2nd cousins holiday, selepas di PD dulu. Tak sabar rasanya. Boleh ambil gambar banyak-banyak lagi. Rasa macam nak beli lense 50mm je. Tengok lah macam mana nanti. Dahla banyak pula menulis hari ni. Till next time. Nite-nite~!
written by Miss Kemek at 11:44 PM 0 comments
Saturday, 27 June 2009
Bila mak aku menyebelahi si orang gaji.
Aku ada orang gaji baru. Tapi dia buat kerja tak bagus. At least dari mata aku. Kerja dia tak sampai ke standard yang aku mahu. Aku ni pantang kalau rumah semak, baju tak digosok dengan sempurna dan bila aku nampak habuk di merata tempat. Sakit mata! Sakit hati!
Akulah satu-satunya orang dalam rumah ni yang paling mementingkan kekemasan rumah. Jadi kalau ada yang tak 'sempurna' di mata aku, mestilah aku marah. Si polan ni, malam-malam boleh tengok TV dengan mak aku padahal ada kerja yang dia tak buat lagi. OMG I'm so pissed!
Kadang-kadang aku dah serabut dengan kerja, bila balik rumah kena face dengan masalah maid buat kerja tak bagus ni. Aiyo stress. Pagi tadi parents and adik-adik aku nak balik kampung, dia nak ikut sekali????!?!!?!$#?!?! Adik aku cakap dia takut dengan aku. Hello! Kau takut dengan aku lepas tu kau suka-suka nak balik kampung sekali, padahal kerja kau tak habis lagi?!!!! Marahnyaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Mak aku boleh back up dia pula. OMG I never thought because of her, me and my mom argued and bergaduh. I really hate this lady and I want her out!!!!!!!!
written by Miss Kemek at 1:18 PM 2 comments
Thursday, 18 June 2009
Kawan.
I never thought a friend could hurt me this much.
Aku tak tahu nak rasa apa. Marah, sedih, geram, semua bercampur.
I had enough of this person. You are no longer my friend. Yes kau berjaya buat aku benci pada kau. Bukan aku yang tak faham, tapi kau yang tak faham sebenarnya. Aku rasa tak dihargai langsung. Kau tahu aku tak suka bila aku rasa tak dihargai. Don't ever find me again after this..EVER!!!!!
FULL STOP.
written by Miss Kemek at 11:47 PM 5 comments
Sunday, 7 June 2009
Mawar's Engagement.
written by Miss Kemek at 12:51 AM 2 comments
Tuesday, 2 June 2009
Engagement.
Hari Ahad lepas aku shoot dekat Bangsar. Majlis pertunangan adik kepada kawan aku. Seawal pukul 1 lagi aku dah sampai rumah Qila untuk ambil gambar hantaran bagi pihak lelaki. Adik Qila lelaki. So aku ni dikira photog dari pihak lelaki lah. Selepas dah ambil gambar hantaran, sembahyang dah bersiap, kami pun bergerak ke rumah pihak perempuan.
Perbincangan dilakukan antara bapa saudara sebelah lelaki dan datuk bagi pihak perempuan. Datuk kepada pihak perempuan ni kelakar sangat, tergelak aku bila dia buat lawak secara selamba. Selesai berbincang, masa untuk menyarung cincin. Mak Qila ratu drama, so haruslah berjuraian air mata. Begitu juga dengan mak kepada perempuan. Masing-masing berlawan air mata.
Alhamdulillah semua selamat. Yang pasti tomyam yang dihidang hari tu memang sedap! Lupa nak minta resepi. Aku dengan Qila tak habis hirup kuah tomyam tu walaupun pedas. Macam tomyam kedai.
Walaubagaimanapun, aku kurang berpuas hati dengan gambar yang aku ambil disebabkan ruang yang agak terhad untuk aku bergerak. Aku terpaksa stay di satu tempat tu saja. Ruang tamu dah penuh dengan rombongan kami dan hantaran dari pihak lelaki. Jadi apa yang aku ambil tu dari spot tu ajelah. Hmm..tapi takpe akan membalas dendam minggu ni pula dekat rumah Mawar..So Mawar, senyum manis-manis for me! =D
written by Miss Kemek at 8:38 PM 1 comments
Saturday, 30 May 2009
Hello pembaca setia (kalau ada).
Aku tak ada topik nak cerita sangat pun. Tapi aku teruja untuk next job Ahad ni. Harap-harap everything will turn out fine..amin. Cuti sekolah dah bermula. Jalan akan lengang sikit pagi-pagi. Aku akan ditinggalkan sebab the family akan bercuti ke negara seberang...Yay..
Owh hari tu aku ada pinjam magazine akak receptionist ni. Tajuk majalah tu Shape. Aku ternampak 3 kasut yang sangat cun, ada satu tu sama pattern dengan Christian Louboutin yang aku minat gila tu. Ala yang ada reben dekat depan tu la. Ada aku letak dalam post yang sebelum ni. Harga pun reasonable. Rasa macam nak pergi tengok je nanti (or pergi beli? ;p). Gaji pun dah keluar so tak sabar..Hehe.
Oklah harus tidur sekarang. Esok ada kenduri kahwin. InsyaAllah cerita dan gambar menarik akan di post kan nanti. Selamat berhujung minggu semua =)
written by Miss Kemek at 1:20 AM 0 comments
Sunday, 24 May 2009
Sabtu.
Semalam was a blast. Pejabat aku buat hari keluarga dekat Hulu Langat. 745am lagi aku dah gerak. Sampai sana, rupanya aku orang kedua yang sampai. Aiyo. Tapi tak lama lepas tu, yang lain mula menyusul. Acara pertama yang diadakan ialah acara sukaneka kanak-kanak. Mak bapak budak yang lebih teruja dari anaknya yang aku tengok. Seronok sangat. Bila sampai sukaneka dewasa, lagilah meriah. Aku sampai sakit pipi gelak, sampai terduduk. Memang kelakar habis bila semua kumpulan main tipu. Masa game boling pakai buah kelapa, akulah orang pertama yang buat strike. Haha padahal tak pandai main boling pun. Overall, kumpulan aku dapat no. 2. OK lah tu kan. Yang sedihnya, aku tak boleh buat cabutan bertuah sebab aku masih under probation. So aku dapat hadiah saguhati je. Masa diorang cabut no pun, aku dah balik. Tapi part yang paling kelakar sekali ialah aku dapat hadiah ni....
Lepas tu aku terus bergerak pergi kenduri kahwin Noley. Sampai sana pun dah pukul 3. Datang bukan makan pun, setakat nak jumpa kawan-kawan je. Masa aku sampai, budak-budak kelas aku dulu dah balik tapi diorang lepak dekat Sri Gombak. So aku terus follow diorang.
After wash out and bersiap-siap, aku terus ambil Sak and off to Plaza Pudu. Aku cakap nak beli something kan. Ha barang tu ialah ini..

Aku ada 2 job minggu-minggu yang akan datang so aku rasa dah sampai masa aku invest sikit untuk beli speedlight. Aku takut lighting dekat rumah Mawar dan lagi seorang klien tu malap, nanti terpaksa pula pakai flash kamera and terus gambar jadi tak natural. No no kalau boleh tak nak lah jadi macam tu. So Mawar, nanti kau senyum lebar aje lah ye, InsyaAllah gambar kau semua akan cantik. Hehe. =D
After makan-makan, baru balik rumah. What a day! Tapi aku enjoy every single second of it. Thanks kepada Sak tersayang sebab belikan speedlight, thanks to all my TIKL friends yang aku jumpa semalam. Rindu kamu semua. InsyaAllah lagi 2 minggu jumpa dekat wedding Jai, Ed and engagement Mawar. Thanks to CMP Consult sebab bagi aku title Bujang Ceria. Hahahahaa...~!
P/s For more pictures, please visit my Flickr.
written by Miss Kemek at 9:57 PM 2 comments
Thursday, 21 May 2009
Kahwin.
Dah nak dekat cuti sekolah. Cuti sekolah bermaksud musim orang menamatkan zaman bujang. Orang-orang tu bermaksud kawan-kawan aku. Demm. Tiba-tiba rasa dah tua. Tiba-tiba rasa dah lambat. Tapi tak kisahlah, rezeki masing-masing. Yang pasti bulan 6 ni setiap hujung minggu makan tengahari akan ditaja. Hehe. Minta maaf lah kalau nak suruh kerja hujung minggu, aku ada banyak aktiviti nak buat, bermula dari hujung minggu ini...
23 May - JCMP's Family Day / Noley kahwin (makan percuma).
24 May - Beli ***..will reveal later on.
31 May - Shooting.
6 Jun - Shooting Mawar. Ada siapa entah kahwin aku lupa.
7 Jun - Ana & Dina kahwin (makan lagi).
August - Konsert Search...? ;p
Sebab itulah aku suka hujung minggu.. =)
written by Miss Kemek at 1:08 AM 1 comments