Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 22 July 2008

entry yang dinanti-nantikan (agaknya laa..)

At last dapat jugak saya menunaikan permintaan para pembaca yang teringin nak tahu macam mana cara pemakaian tudung yang biasa saya buat..caranya mudah saja..okay, dipendekkan cerita, saya minta pertolongan kawan saya Ida untuk menjadi model saya kali ini..thanks Ida si model tak berbayar hihihi..

Tudung yang saya gunakan adalah yang jenis empat segi sebab lagi mudah untuk dipakai..kalau jenis yang segi empat tepat susah sedikit nak digayakan sebab terlalu panjang dan banyak lebihan..jenis kain tak kisah asalkan kita selesa. Bagi saya, saya sukakan kain polyester seperti dari TieRack kerana ia ringan, tidak panas dan mudah dibentuk.




Firstly, ambil mana-mana satu sisi tudung dan pakai. Samakan bahagian hadapan.


Kemudian, tarik salah satu sisi kehadapan.



Pandangan belakang tudung akan menjadi seperti ini.



Bentukkan dan kemaskan bahagian yang dibawa ke hadapan tadi.Kemudian pinkan yang selebihnya di atas kepala.


Hasilnya akan menjadi seperti ini.


Tadaa! Dah siap pun..!


You guys bolehlah letak brooch yang sesuai pada bahu supaya kain tudung tidak bergerak dan kemas.

So i hope lepas ni bolehlah bergaya dengan cara pemakaian tudung yang baru ni ye..Janji dah pun ditunaikan. kalau ada yang tak faham don't hesitate to ask me okay..selamat mencuba! =)


--------------------------------------------------------------------------------------

*UPDATED
Kalau nak, you guys boleh jugak pakai anak tudung yang keras macam yang saya gayakan dekat bawah ni..


21 comments:

dy said...

alamak.. gambo no 5 tak kuar la... pls pls update lagi sekali ye :)

thanx again.. entry yg ditunggu tunggu.. :) May Allah bless u

juelee said...

mek..aku tak reti la nak bezakan tudung sefi empat ngan segi empat tepat..ape bezanyerrrr???
yang bahagian depan tuh camne nak repair??

KV said...

akhirnya, akak jumpa jgk cara nak pakai tudung pesen ni. TQ.;)
akak link awak yer!

mawar said...

ya ya..memang ditunggu2. saya akan mencubanya.. ecewahh. weh, ko pi kenduri acot x? aku ade hal time tuh, x dapat pi..huhu.. update la kalu pi..nak tgkk~~

miz cpla said...

hehehe, best sbnrnya using this kind of 'pemakaian'.but not applies for all type of face.mcm i pun kdg2 rase mcm x sesuai.huhu

kemek said...

dy - eh tak kuar ke?i tgk ada je
cuba try refresh page k ..

juelee - yang aku guna ialah tudung segi empat sama.yang kurang sesuai ialah tudung segi empat tepat..

kv - glad i could help u..hee..of course u can link me..:)

mawar - aku tak g la kenduri acot..nahar ade gak ajak..takde orang nak teman plus aku pun tak familiar area manjalara..

miz cpla - yes true not all shape of face boleh try cara ni..

juelee said...

agak2 shape muka aku sesuaiiii tak mek?? hikhikhikhik

kemek said...

juelee - aku rasa sesuai kut sebab muka ko bukan jenis bulat. try la dulu..selamat mencuba..!

sak~ said...

muka saya sesuai tak agak2

bella said...

sengkiuuuuu ;)

along said...

thanks!!!

pin the long one on top, n pin kan kat bahu tu satu lg eyh?

tu je?

hee, thanks!

MissToy said...

nice.. teringin nk try tp kne cr kain yg sesuai.. sbb takut nmpk tembammmm..!! kekeke ;) thanks again

kemek said...

bella - ure most welcome!

along - yes correct..tapi better pin dua-dua belah pada bahu..more secured..hehe

misstoy - cari kain yang ringan..tapi jangan pakai tudung bawal pulak ye..tak seswaii..hehe

enjoice!

jojomagazine said...

Brand New Tie Rack Scarves for Sale!

MissToy said...

tp kn.. minat yg mcm awk gayakn dgn kebaya pink tu.. yg jd awk pnye primary pic skrg ni tu.. mcm lg menarik je.. cuba tnjk skit cmne plak caranye.. hehehe.. :D thanks!!

kemek said...

owhh..haha itu sebenarnya main belasah je sebab nak cepat..tu sebelum discover yg entry tu..okay insyaAllah will reveal later k..nway thanks!

shafa said...

lastly i found it how to wear this fashion...
thanks kemek...
suka..suka..after this dh nk kene crk tudung tie rack...

Keenamaya said...

Ho ho ho!sukanya ati saya baca entry ini..timaceh banyak2 pada tuan umah kerana sudi share dgn kami2 sume mcm mana nak pakai tudung cenggini..puas dah di try2 sblum ni kot2 leh lah dpt tau rahsianya..rupanya senang aje ye..timaceh byk yaa!!

clicknsh0p said...

dear..mcm mana nak kasi muncung atas tu elok terbentuk eh??

Tulip said...

akhirnya jumpa jgk cara nk pkai tudung nii...tima kasih byk2 ;)

To ALL TieRack Scarf LOvers.... said...

Cheap tie rack scarves for sale visit us at http://scarfonline.blogspot.com/