Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 10 August 2008

Finally..




Akhirnya saya telah dapat berjumpa dengan orang-orang yang saya nak jumpa sangat selama ini.Dah 6 tahun saya tunggu.Yess..it's a long period.But the patience totally worth it.Everything went smooth on that day.Tarikhnya pun cantik..08.08.08.Mr. BF cakap lebih cantik lagi sebab dia konvo di sidang kelapan and nombor ke-8..how lucky is that!

Malam sebelum itu although saya letih sangat sebab kurang tidur tapi mata ni tak boleh lelap.Macam-macam saya fikir.Nervous sangat.Hehe..Jam dah pukul 3 lebih pun tak tidur juga lagi.Kepala otak ni tak boleh nak berhenti.Rasa nak tekan aje suis OFF kalau ada.Last-last tertidur juga tapi tak tahu la pukul berapa..

Pukul 6 pagi saya dah bangun.Patutnya nak pergi lambat sikit tapi ada masalah transport. So terpaksalah saya ikut Mr. BF ni pergi pagi-pagi buta sebab dia kena masuk dewan before 8am. Saya tak dress up lebih-lebih pun,pakai baju kurung aje. Taknak lah over sangat. 645 Mr. bf pun sampai,ingatkan dia buat lawak aje semalam,rupanya memang betul dia suruh saya jadi driver..Cess! Tengok-tengok aje,dia dah standby duduk dekat seat sebelah.Sabor ajela..Nasibla dia si 'konvo boy'. Kalau tidak jangan harap ye..

Dah sampai UM, dia terus berkumpul untuk masuk dewan dan saya pun duduk menunggu dekat luar dewan. Dari pukul 8 sampai lah pukul 11.(Patut kena bagi reward tu)..Masa tunggu tu,saya dah nampak dah abang dan kakak dia dari jauh.Nervous pun datang balik..Hishh..padahal diorang tak kenal pun saya.Saya yang neves sorang-sorang.Hehe.Pukul 11 dia pun call tanya dekat mana.Dia datang dan cakap "Dah ready dah nak jumpa?".Ready tak ready jumpa aje la.

Kami pun pergi dekat mana family dia tenagh tunggu dan saya salam dengan semua orang. At first i was confused which one was his mother sebab muka his mom and his aunty sama je.Rupa-rupanya his parents tak keluar dewan lagi.Tak lama lepas tu barulah mereka muncul. Saya salam mak dia tetapi mak dia buat muka konfius sebab tak kenal.Saya pun cakap "saya kawan syakir..".Terus mak dia senyum dan panggil abah dia.."abah.ni kawan adik"..huhu saya memang neves sangat masa tu..

Tapi neves saya sampai situ saja.Lepas tu,saya terus tak rasa kekok lagi sebab family dia semua ok. I don't felt left out at all.His mother was very nice to me.Masa makan tu, mak dia sempat tanya saya

"mana kenal syakir?".."sama masa dekat semsas ke?"

"tak.."..

"sama dekat melaka dulu?"..

"tak jugak.."

Saya senyum aje.Last-last Mr. BF pun bersuara..

"kenal dekat komputer.."

"owh..yang chit-chat tu?"

"biasala..dunia dah maju.."

mak dia pun menyambung "zaman dah berubah ye.."

Hehe..kelakar pula bila saya ingat balik..

Masa nak balik tu,saya bagi hadiah yang mama saya belikan untuk mak dia.Actually mak saya excited bila tau yang saya nak jumpa dengan parents dia.Siap beli macam-macam. Tapi takpela,at least it's a good sign.And i'm really happy on that day..thank you mama and thank you dear..Congratulations on your graduation..~!

6 comments:

mohdraimirazak said...

aik..bf ko pon baru grad ke??

kemek said...

iye la..
ko bila?minggu depan ke?

kemek said...

iye la..
ko bila?minggu depan ke?

mawar said...

ehem..ehem..

dah dekat dah tuu.. aku da bau nasi minyak dahh.. pak pak pung pung!!

teringat kat iklan "dunia dah maju.." ihiihii

sak said...

ni cerita apa nih

shay said...

hihi citer kemek nie membuatkan teringat zaman2 k.shay jumpa MIL kat konvo gak...jupa first time masa my hubby grad...alhamdullilah everything went well and now we are married with a daughter...
insyallah kalau ada jodoh x kemana ;)