Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 19 October 2008

Doa

"Waalaikumsalam, Ya Allah Ya tuhanku, berilah segala kemudahan kpd anakku Yan dalam segala urusannya esok hari. Hanya Kaulah saja yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. U dah banyak buat persediaan, malam ni tidur and rehatlah secukupnya supaya esok u lebih yakin untuk buat yang terbaik. Ayah dan mama doakan yang terbaik untuk u." - ayah.

"Wslm. dengan penuh izin dan iringan doa moga Tuhan berikan kemudahan untuk kejayaan u. Amin." -mama.


Doa inilah yang aku sangat perlukan dalam waktu-waktu begini.

Tuhan.

Kau pasti telah mendengar bukan?
Itu doa untukku dari yang paling utama.
Bukan dari teman, kekasih atau sesiapa.
Tapi dari ayah dan bonda.

Kau tidak perlu berfikir lama untuk menunaikan doa mereka, bukan?

Aku tahu Kau Penyayang.
Kau sayangkan aku.
Aku tahu.

Oleh itu, Kau kabulkan lah ya?

*Amin*

2 comments:

KV said...

amin..

Miss Kemek said...

mekasih kv..;)