Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 6 October 2008

My Hari Raya

Saya sudah sampai Jb. *uwekk*
Okay let's story about my hari raya celebration.

Hari Ahad lagi saya dah balik kampung. Awalnya..tapi duk KL lama-lama pun nak buat apa kan sebab Mr. BF pun balik hari tu jgk..

Hmm..tatau la nak cerita dari mana..banyak sangat..takut tak ikut turutan..so better saya cerita ikut gambar ajelah ye.. Enjoice!


Ni makeover Dior yang saya dapat itu hari. Ingatkan nak buka puasa dekat luar lepas tu. Tapi memandangkan all my siblings berbuka puasa dekat rumah, last-last saya ajak Mr. BF buka puasa dekat rumah saya aje.

Ini gambar masa pergi bershopping sebelum balik kampung. Kononnya nak cari bday present untuk diri sendiri. Tapi disebabkan saya dah sakit kepala and tak ape yang berkenan di hati, last-last tak beli apa-apa. Cina tuh tengah bagi saya cuba compact powder yang mama bagi as my bday present.

Saya cari hadiah dekat Principles. Tapi rasanya tak lawa la saya pakai top ni sebab tangan dia panjang sangat. Yang kuning tu kaler dia tak berapa menarik and the purple one tangan dia susah nak di alter. So rasanya saya nak pergi tempah sendiri je nanti. Ikut ukuran badan sendiri lagi sedap dipakai kann..



Sekarang cerita dekat kampung pulak..


Malam puasa yang ke 29. Sepupu saya beriya ajak pergi makan kuey teow kat pilah. Malam sebelum tu dia dah ajak tapi kitorang malas nak pergi sebab dah kenyang. Tapi bila esoknya dia ajak lagi, kesian la pulak. Last-last 2 kereta skali pergi. Wan saya siap bagi duit lagi. Bukan senang nak tgk dia belanja cucu..huhu..

Last day puasa, kami sekeluarga bergotong royong menyediakan juadah wajib setiap kali hari raya seperti rendang ayam, rendang daging dan ketupat. Memang beginilah kebiasaannya setiap tahun.



Tahun ni 29 batang lemang berjaya dibakar. Ketupat pulak dalam 50 biji.



Tangan pakcik saya sampai luka-luka terkena mesin parut kelapa. Nasib tak putus jari!



Berbuka pada puasa hari yang ke-30..pakcik makcik semua ada.Tapi masa ni ramai lagi yang tak balik. Menu haruslah membuka selera semuanya. Rendang, lemang, sup semua dah dihidang. Almaklum lah dah kerja keras siang tu. Esok nak raya!



Dah RAYA! Ni lah gambar kami sekeluarga. Yang tinggal cuma anak-anak dara je. Bak kata mama sekarang dia dah takde anak bujang. Saya lah pulak yang kena jadi anak bujang dia. Abang-abang saya semua beraya di Kedah rumah mertua masing-masing. Berpakat pulak ye kahwin dengan orang Kedah. Raya tahun ni kurang meriah la sebab ramai yang tak balik masa 1 ari raya. Nak tangkap gambar satu keluarga pun tak boleh..


Siap buat outdoor fotoshoot lagi. Dah kitorang je yang ada. Terpaksa lah layan diri sendiri..tapi seronok!

Malamnya kazen-kazen saya main mercun. Saya tengok ajelah. Tak berani nak main. Tangkap gambar lagi best..



Malam tu saya, makcik dan sepupu sibuk mencuci ayam. Sebab raya kedua kami akan buat openhouse. Itu pun memang acara wajib setiap tahun. Menu tahun ni ialah laksa, lauk briyani ayam, dalca dan acar mentah..nyum nyumm..

Nak dipendekkan cerita, sepatutnya saya nak balik KL hari Jumaat tapi sepupu saya eksiden petang Jumaat tu. Terbabas kereta dia akibat tayar pecah. Nasib baik luka-luka aje. Akhirnya ayah saya tak bagi saya balik malam tu. Terpaksa la postpone ke hari Sabtu..

Well that's my story.. owh hari Sabtu tu saya beraya ke rumah Syahira and Fifi. Gambar takde sebab tak amik lagi kat Nadia..

Sekarang saya tengah serabut dengan thesis saya. Please pray for me okay!

Till then~!

1 comment:

sak~ said...

byk part makan je