Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 18 October 2008

Repekan Ke-2

Kadang-kadang aku sukar difahami.
Aku mengaku itu.

Terkadang aku sendiri tertanya "kenapa aku bersikap begini..?"
Sedangkan aku sendiri tidak berkenan dengan sikap diri sendiri tapi ia menguasai diri aku dan aku tidak mampu melawannya..

Pelik tetapi nyata.

Andai bisa aku ubah semua sifat-sifat buruk ini, dah lama aku buat.
Tapi melentur buluh haruslah dari rebungnya.
Kalau sudah menjadi buluh, hmm....

*fikir*

Terkadang aku sedar apa yang aku lakukan itu salah
Tapi dalam aku sedar situasi itu, aku langsung tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalangnya..
Aku dikuasai diri sendiri!
Benci.

Bila aku membandingkan diri dengan rakan-rakan
Aku rasa akulah yang paling khilaf
Aku rasa aku yang paling hina.

Kenapa ya?
Hmm..

*berfikir lagi*

Tak kisahlah jika aku dikata aku bagai menyebar keburukan diri.
Inikan blog aku. Jadi aku yang punya kuasa di sini.
Jika ingin bersuara, silakan.
Jika tidak, barangkali banyak lagi blog yang lebih menarik, tak begitu?

No comments: