Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 17 October 2008

Repekan

Tiba-tiba tergerak hati nak menulis tentang duit dan harta.

Perlukah kta terlalu bersifat keduniaan?
Ya, duit itu memang suatu keperluan. Tapi sampai tahap manakah yang menjadi ukuran ia sudah mencukupi?
Tertonton siaran televisyen tengah hari tadi. Manusia yang terlalu banyak hartanya, walaupun cukup iman taqwanya, dia akan memasuki syurga dengan cara merangkak-rangkak. Penceramah itu memberitahu lagi, di syurga itu ramai umat-umat yang miskin.

Pasti kita tertanya, perlukah kita menjadi miskin untuk masuk ke syurga?
Bukan begitu maksud yang cuba disampaikan.

Cuba orang-orang yang miskin itu barangkali lebih tahu diri dan sentiasa mengingati Tuhan. Sedangkan yang kaya hanya memikirkan cara untuk menjadi lebih kaya atau terlalu hanyut dengan kemewahan yang dimiliki.

Tuhan tidak pernah melarang umatnya dari mencari kekayaan dan rezeki dunia.
Tapi Dia mahu umatnya lebih memberi dari memiliki.
Ingat pada yang tidak mampu.
Memberi tu kan lebih baik dari yang menerima.

Bila dipikir, memang rasa indah bila terbayangkan diri yang mewah.
Tapi kekayaan itu melalaikan.

Lebih baik hidup bersederhana dari taksub dengan wang.
Wasatiah.
Mengimbangkan dunia dan akhirat.
Lebih tenang rasanya.
Sekurang-kurangnya pada sayalah..

Begitu juga dengan kerja.
Berapakah harga kekeluargaan yang sanggup anda korbankan demi mengejar wang ringgit?
Rasanya perlu difikirkan semula niat kita bekerja.
Adakah untuk mengejar wang semata-mata?
Sanggup mengabaikan keluarga.
Sanggup itu ini.
Kalau sesuatu kerja itu adalah passion kita, saya tak salahkan anda.
Kerja itu kan ibadah.
hmm..

*fikir*

andai diberi peluang
ingin aku menjadi surirumah saja
menjaga makan pakai suami dan keluarga
itu passion aku dari dulu
dan baru sekarang tersedar
aku mahu lihat anak-anak membesar di depan mata
itu lebih bernilai rasanya bagi aku

dunia ini sudah tua
entah esok entah lusa
bila lagi dapat peluang begini kalau kita yang tidak mahu

mahu fokus pada diri sendiri
sudah-sudahlah keduniaan ini..
jelak kadang-kadang..

(maaf fikiran kurang waras buat masa ini..)

No comments: