Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 October 2008

Salah sangka

Aku ingatkan paper final aku starts on the 10th. But I found last night it actually starts on the 3rd, which is another 3 days!! And I haven't starts anything! Thank God I met Ika. Kalau tak mau repeat paper aku sem depan. Taknak sejarah dekat Politeknik berulang lagi. Mahu tahu?

Pada suatu malam aku mengulangkaji kerana esoknya ada paper structure. Menjelang pukul 4 pagi, mata pun dah separuh tutup aje. Jadi aku ambil keputusan untuk tidur dan sambung esok pagi sebab paper aku mula pukul 2 petang. Pagi itu sedang nyenyak aku tidur tiba-tiba ada orang menelefon...

"Helo, Akma ke?"

"Ye saya.." (dalam nada yang separuh sedar)

"Awak tahu tak awak ada paper pagi hari ni?"

"Haa..tak tahu pun.."

Lantas aku pun menjerit rasa nak menangis, rasa taknak pergi ambil paper, rasa nak terbang terus pergi Politeknik tu. Kawan-kawan aku pun sama. Akuy ingat lagi muka kawan-kawan aku masa tu. Tapi aku rasa akulah orang yang paling gelabah. Kami berempat. Mek terus bangun menyarung baju kurung. Aza terus pergi bilik air gosok gigi. Mek yang tadinya dah buat keputusan taknak gosok gigi pergi ambil paper akhirnya ke bilik air juga bila melihat Aza. Apa gila tak gosok gigi? Azam pun terus bersiap. Kami yang awalnya gelabah tahap cipanzi akhirnya tergelak besar dalam kereta dalam perjalanan nak ke Poli tu bila mengenangkan nasib sendiri.

Sampai aje dekat Poli, kami belasah parking kereta dekat tempat pensyarah. Dekat dengan Jabatan Awam. Apa lagi keluar kereta kami berlari macam nampak hantu. Habis semua budak dekat Jabatan yang sedang menjawab soalan tu memandang kami. Kami tak hiraukan langsung. Setengah jam dah kami miss. Masuk dewan periksa, terus jawab soalan tanpa toleh kiri kanan.

Habis jawab soalan apa lagi, cabut lari la..gua tak mandi lagi bebb..!!!

*senyum*

Sh*t.

Aku dah merapu panjang. Dah, aku nak pergi buka buku.

2 comments:

eleena hamdan said...

haha... nice one mek! boleh lak tak mandi sambil jawab exam. bau satu hall tu. hehe.. =P

budakkampung said...

ha3.ok..sy pn prnh ada pengalaman yg sm..pegi exam x mndi sbb bgn tdo 15 mnt b4 exam..itu pn sbb ada kwn yg ketuk tgkp bilik..klau x,mmg x berexam lh..

good luck.