Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 29 October 2008

Upgrade

Since masuk sem ni aku tak sempat nak bermanja-manja dengan 'baby' kesayanganku itu. Jangan merajuk ye. Bukan aku tak sayang kamu. Cuma tak ada masa. InsyaAllah habis belajar nanti mungkin kita ada lebih masa untuk bersama.

*Harap-harap la.*

Memandangkan 'baby' ku itu dikongsi bersama si adik, si adik la yang banyak menghabiskan masa dengan si kesayangan ku itu. Cis. Mana aci macam ni. Asyik kau aje yang guna ye.

Hmm.

Nak upgrade lah macam ni. Kalau ikut hati, nak beli yang baru. Yang sendiri punya.

Yang ini.

Melampau ke? Tak kut eh? ;D

Kalau tidak pun, nak upgrade dengan menambah yang ini. Tunggu lah. Taktau nak beli baru atau second hand aje. Tengah berfikir-fikir lagi. Dan aku nak jual lense yang sedia ada. Ada tak sesiapa nak beli? AF-S Nikkor 55-200mm VR. Sila ke homepage Nikon untuk lihat yang mana satu ek. Harga boleh PM.




Tak cukup lagi.

Lepas tu aku nak tambah filter dan wide angle converter. Sepupu aku kata dekat Singapore murah. Bulan 12 ni dia nak pergi sana. Jadi bolehlah kirim-mengirim. Ada sesiapa yang nak mengirim juga? Sila beritahu ye, jangan malu jangan segan.

*Hati dah berbunga sikit.*

Tapi sekarang aku tengok budak-budak muda sekarang ramai yang bawak DSLR ke hulu ke hilir. Itu yang aku tak minat bila ia dah menjadi seakan suatu trend. Aku tak suka ikut trend yang melampau. Kadang-kadang terfikir juga "mana budak-budak ni dapat duit ha??". Sekolah pun tak habis lagi. Kalau terserempak dengan budak-budak macam ni, mula lah aku rasa nak sorok cepat-cepat kemera aku. Menyampah. Rasa tak mahu guna dah. Tapi aku guna DSLR bukan sebab trend. Tapi minat pada gambar-gambar yang cantik. Yang penuh makna. Kalau tengok satu gambar, aku akan tenung lama. Lama sampai aku faham maksud gambar itu. Sampai aku puas. Ada orang tak pandai nak 'tengok' gambar. Tapi bukanlah nak kata aku hebat menilik gambar. Cuma aku suka. Itu saja.

Dan dengan minat melihat, aku juga teringin mahu menghasilkan sendiri. Dari situ lah aku kumpul duit untuk memiliki kamera aku sekarang. Aku tak berniat hendak buat duit (walaupun kalau ada rezeki aku tak akan tolak), cuma nak menyimpan sebagai koleksi peribadi dan kenang-kenangan.

Ok lah. Dah banyak aku mengarut ni. (Sak suka kata aku mengarut kalau aku bercerita bab-bab macam ni). Nanti sambung lagi. Aku nak pergi cari SD card. SD card tertinggal dalam kereta Sak. Tak ada SD card, mana boleh menembak beb.

6 comments:

[ Hanie ] said...

haluuu...nak PM kat mane eh? nak tanye harga 55-200 VR tu bole? :D

Miss Kemek said...

email boleh?
chomeyl_1902@yahoo.com
tq~!

sak~ said...

ye sila jangan mengarut.

ilicious said...

alang2 nak yg baru.. upgradela lbh sket dr d80 sbb im currently in love wif d90.bukan stkat gamba cantik but also video cantik. lg dok negara org ni nak sgt kenangan gamba bergerak and rakaman suara byk. buat tatapan hari tua. hehe. tp mana nak dpt rm4300 or aud1800?? haihh

Miss Kemek said...

erkk.
*pengsan*
dengar harga aje dah berputar kepala sekejap.
tapi DSLR yang ada gambar cantik + video menarik memang pakej hebat.
kita share lah nak?
haha..

peri kesepian said...

beb spe sepupu ko tu????