Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 5 November 2008

Aku memang pelik.

Ya aku memang pelik. Mungkin itu suatu fakta. Atau mungkin juga auta.

Aku pelik kerana aku masih lagi tak mencari kerja sedangkan peperiksaan aku akan tamat lagi 2 minggu saja. Orang lain berlumba-lumba mencari kerja yang menjanjikan pulangan lumayan, di syarikat-syarikat teratas, bekerja di negara orang, bekerja di laut, di situ, di sini.

Tapi aku?

Aku masih lagi pada peringkat tidak memohon. Ya. Aku memang pelik kerana itu. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin kemalasan yang menyebabkan aku jadi begini. Tapi mungkin juga kerana aku kurang bersedia. Aku tak bersedia menghadapi alam pekerjaan walaupun itu yang aku inginkan selama ini. Aku dah penat belajar. Aku inginkan sesuatu yang lain. Sebab itu aku ingin bekerja. Aku ingin bekerja tetapi aku takut untuk bekerja. Ya. Itu memang pelik.

Aku memang pelik kerana kerana sikap aku yang peliklah yang menyebabkan aku dibenci orang yang tersayang. Sabar itu ada batasan. Cool itu ada tahapnya wahai insan tersayang. Tapi walau macammana benarnya aku, aku yang patut disalahkan juga. Semua kerana status. Kadang-kadang aku terfikir perlukah faktor status dijadikan alasan, bukannya atas faktor insan sesama insan? Aku jadi buntu.

Manusia, perempuan, sekali hati terhiris, walaupun lukanya sembuh, parutnya masih ada. Kalau dihiris berkali-kali, bagaimana? kalau kaca pecah boleh disambung tampal. Tapi retaknya masih kelihatan. Perlukah aku terangkan lagi kenapa? Aku makan hati, tawar hati. Tak kiralah siapa orang itu. Nasiblah hati aku belum mati. Masih mampu merasa.

Aku memang pelik kerana sama-sama ego dengan orang yang egonya sudah tinggi melangit. Percayalah, sudah lama aku membayangkan situasi di mana aku menyerah kalah, menyatakan maaf walau tidak seikhlas, tapi seperti ada suatu penghalang besar yang membuat lidahku kelu, tak mampu bersuara. Aku jadi kaku.

*diam*

Bukan aku tidak kesal atas kejadian yang menimpa diri aku sendiri. Cuma aku belum bersedia dan aku tak tahu bila aku akan bersedia. Terkadang aku menangis sendiri mengenangkan nasib diri. Aku butuh kasih. Bukan aku tak kesal. Cuma sejarah dan pengalaman membuat hati aku keras, sekeras batu. Tak bisa menerima perubahan. Tak bisa berpura-pura seperti biasa. Seperti orang-orang yang cool.

Aku tak cool.

Kalau kau berada di tempat aku, tahulah kau apa yang aku rasa. Kau tak faham. Aku takkan buat kau faham sebab kau tak akan faham. Tak perlu faham pun.

Aku tak minta simpati atau dimarahi. Cuma bersabarlah. Tolong ya?

Nah semua telah aku terluahkan.
Ternyata aku memang pelik kan?

Jauhkan diri dari aku. Aku tak pantas dikawan.Aku manusia pelik.

6 comments:

Hanis Razak said...

xyh terkejar2 nak cari kerja..u apply when u feel its the right time..relax n enjoy holiday first..1-2 months, then br start kerja..u'll regret if u start working so early..

Miss Kemek said...

i think the same way too..hmm..kalau terus keje mesti tak dapat dah nak holiday lama2..

mawar said...

mengapakah kau kemek? sudah balik ke KL, do contact me k. lama x jumpe ko. btw, gud luck exam!

katak_78 said...

cool dlu..bila dah stabil emosi baru apply..but x feel sad kay..u r x weird..u r just being what u r...

Miss Kemek said...

mawar - okay nnt kite jpe ehh..

katak78 - thanks..tp sekarang mmg emosi tgh tak stabil..huhu..

BOOTE said...

kemek, jgn breakdown.. merdekakan diri dulu.sket agi kan.. buat betul2 ya.. gudluck! :)