Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 21 November 2008

Berakhir sebuah episod dalam hidup.

Akhirnya kehidupan aku dekat UTM sucks habis jugak.

Overall, I'm glad I'd survived the whole 3 years. Kejap aje rasanya.
Hari-hari terakhir dekat UTM buat aku rasa memang banyak dugaannya nak dapat ijazah ni. Mm aku taktau nak mula cerita dari mana. Banyak benda aku nak cerita. OK. Refresh satu-satu. Ikut kronologi. Baru tak terabur.

Mari mulakan.

Hari tu aku kawan-kawan terdekat buat makan-makan. Alang-alang aku memang nak belanja kawan-kawan aku yang tolong aku dekat makmal, kawan-kawan aku yang lain join sekali. Kami masak. Si Ida buat mee bandung segera, aku masak nasi dengan lauk. Kan itu hari aku ada cakap lauk apa yang aku nak masak kan. Semua aku masak, kecuali kerabu kerang tu last-last aku tukar jadi sayur togeh goreng aje sebab kerang tak jumpa dekat kedai.





Dah dua hari lepas makan-makan tu, aku dapat tau yang ada mulut-mulut jahat mengatakan kami menggatal or watever term lah yang mereka mengata, dekat lelaki-lelaki yang kami jemput. Hello? Sebenarnya, yang aku jemput sorang aje, sebab dia yang tolong aku. Tapi budak ni beriya nak jemput kawan-kawan yang lain, takut dikata lupa kawan agaknya. Aku nak taknak terpaksa lah bagi datang. Aku bukannya taknak bagi, cuma takut makanan tak cukup. Itu aje. Aku taknak orang datang tak puas makan. Tapi Alhamdulillah makanan cukup malam tu. Cuma tak puas hati dengan mulut-mulut jahat tu. Aku tak kacau kau, tapi kau cubit aku. Memang rasa nak melenting lah jugak. Tapi aku malas nak layan. Damn lah all of you. Persetankan. Mulut manusia. Selagi hati tak puas, selagi itu nak mengata.

Okay.enuf lah of that.

Last day exam hari tu aku tak rasa apa-apa pun. Tapi bila dah habis masa menjawab tu, aku rasa sebak la pulak. Habis jugak belajar walaupun aku ni malas ya Rabbi. Aku sendiri tak percaya. Tapi, bila betul-betul habis, aku syukur sangat. Lepas habis paper, aku qila and acap g lepak breakfast kat Alip. Last ni aku makan kat Alip. Lepas ni tak ada dah.



Ni tengah bincang dengan mama tentang masa depan ni..haha..

Petang tu aku, Qila dengan Acap cadang untuk keluar bertiga. Tempat pertama kami pergi mestilah kandang kuda.

Nama kuda ni Tina. Dia baik tapi Qila tetap neves bila nak pegang Tina.

Lepas maghrib kami pergi makan dekat Anjung Warisan. Aku dengan Qila tak pernah makan dekat situ. Aku memang bukan kaki merayau dekat sana. Jadi tak hairanlah kalau aku tak tau pun tempat tu dekat mana.

Hehe.

Kitorang pilih untuk makan atas pokok. Seronok. Tapi masa tengah makan tu blackout pulak. Nasib baik lah kitorang tak sempat cabut lari. Kalau tak dapat juga makan freeee..

Kami memang lapar gila malam tu. Mana taknya, siang makan roti canai je sekeping. Qila sempat lagi bergambar dengan abang main angklung. Dia kata dia minat sangat dengar angklung. Kalau boleh kenduri kahwin dia nanti, dia nak upah orang main angklung.


Ni menu kami malam tu. Memandangkan itu dinner terakhir kami dekat JB, kami belasah aje makan apa.

Lepas tu kami pergi Dataran dan Danga Bay untuk tangkap-tangkap gambar. Nasib baik ada tripod, boleh la kami sama-sama masuk dalam gambar. Acap dengan Qila pandai melompat. Tapi aku tak. So aku postkan gambar diorang melompat aje lah. Gambar aku lompat burukkk..!






Esoknya hari terakhir aku dekat UTM. Lif rosak. Aku terpaksa hangkut segala barang-barang aku yang berkilo-kilo tu turun bawah guna tangga.Yeee tangga ye kawan-kawan. Dan aku duduk tingkat berapa????? tingkat 6 yeeeee. Rasa nak tercabut jantung aku! Balik tu tangan aku bengkak-bengkak sakit. Ikut hati rasa nak campak je barang dari atas. Tapi tak sampai hati pulak.





Tapi sebelum balik aku singgah makmal dulu. Sampel aku tak dibuang lagi. Aku kena settlekan semua tu sebelum balik. Kalau tak marah pulak technician-technician. Aku nak jumpa penyelia PSM aku tapi dia dah keluar makan masa tu. En. Ros (penyelia fizwote kawan aku yang duk meja sebelah penyelia aku) cakap Dr. Ajis taknak jumpa aku pun. Waaaa sedihnya. Dr. Ajis mengadu dengan En. Ros pasal jilid tu. Padahal En. Ros taktau ape yang Ajis cakap kat aku. Bengang ok. Tah apa la aku dapat untuk PSM. Redha jela. Akhirnya aku tangkap gambar dengan En. Ros je. Lepas tu settlekan sampel-sampel aku tu.



Dan aku pun pulang ke Kuala Lumpur.........




3 comments:

eleena hamdan said...

yeay!!! congrats mek!! akhirnya ko dah abis dah. selamat datang ke duni pekerjaan.

nanti boleh kite beronggeng bersama2 yek.

sak~ said...

bangla kontrak jalan ka

Miss Kemek said...

eleena- yess sure anytime pun can..hehe

sak- haah bangla buat jalan..;P