Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 12 November 2008

Si buku hijau





Akhirnya buku hijau yang dinantikan itu siap jua.

Awalnya, aku tak yakin aku akan siapkan si buku hijau. Banyak masalah yang berlaku. Banyak kesalahan. Banyak pembetulan. Banyak itu, banyak ini. Argh serabut. Sampai aku rasa mahu menangis. Aku pernah kata dulu pada kawan aku, kalau aku dapat siapkan si buku hijau ini, aku akan kagum dengan diri sendiri. Walaupun buku ini nipis aja, tapi mahu menyiapkan isinya, Tuhan saja yang tahu betapa penat.

Tapi semua itu dah jadi berbaloi.

Setiap titik peluh, setiap titis air mata, setiap perlian, setiap marahan. Sekarang aku tak kisah lagi. Kau nak marah, marahlah. Janji aku sudah laksanakan kerjaku. Sudah.
Aku nk ucapkan terima kasih pada manusia-manusia yang aku rasa penting dalam penyiapan si buku hijau itu.
  • PM Dr. Abdul Aziz Chik. -terima kasih diatas segala tunjuk ajar, marahan, perlian, diatas setiap kali melarikan diri untuk bertemu. Diatas setiap kali pintu dkunci, setiap lawak yang memalukan, dan setiap cerita yang melucukan.
  • Ibunda yang banyak memberi kata-kata peransang.
  • Sak si cinta hati yang selalu menjadi pendengar setia bagi setiap keluhan, luahan, rintihan aku yang suka mengeluh ini.
  • Rakan-rakan yang banyak membantu aku di makmal; Husni, fizwote dan ida. Jasa kalian tak akan aku lupa.





2 comments:

goooooood girl said...

i like your blog......

sak~ said...

ala nipisnya. ini sama tebalnya dengan folio sejarah form 4. biar betul