Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 15 November 2008

Tak ada tajuk

FINAL exam tinggal lagi satu kertas saja lagi.

Setakat ni, tak ada pun satu kertas yang aku habis buat lagi. Semua tak cukup masa. Aku banyak habiskan masa pikir macam mana nak kelentongkan lecturer ni. Tapi biarlah kan, semua dah lepas dah pun. Tinggal nak stadi untuk kertas yang terakhir ni. Malasnya nak belajar. Dah penat otak ni tau.

Ok ok. Taknak cerita pasal exam dah. Sakit kepala.


Nak cerita pasal perancangan lepas habis belajar ni. Apa perkara yang aku nak buat lepas belajar ni ha?

  • nak cari kerja. WAJIB. kalau tak kerja macam mana nak dapat duit. Kalau tak ada duit macam mana nak beli barang-barang kehendak wanita. Macam mana nak kawin. Macam mana nak beli minyak nak bawak kereta pergi jalan-jalan? Memang kena cari kerja ni. Semua nak kena pakai duit je. Haishh..

  • nak pergi photocamp. MINAT. Sebab aku minat nak tahu tentang kamera, aku pikir aku nak pergi mana-mana course yang murah. Nak pergi PHOTOCAMP Saiful Nang tak dapek lah. Mahal. Bukan apa. Camp tu memang berbaloi. Cuma takut aku yang hangat-hangat taik ayam. Lagpun aku kan tak buat lagi perkara yang pertama. Siapa pulak yang baik hati nak sponsor aku?

  • Nak kemas bilik aku. Nak tempah cermin besarrrr letak kat dinding supaya bilik aku yang 'besar' tu nampak lagi besar. Lepas tu aku nak kemas rumah. Maid aku tu jarang lah nak buat aku puas ati. Kerja ala kadar je. Yang paling aku pantang skali kalau ada habuk dekat celah mana-mana. Aku tak boleh tengok habuk. Tak suka. Sakit mata! Aku rasa tak boleh bernafas. Cik maid ingat aku tak nampak agaknya. Mentang-mentang la mak aku tak check, dia pun buat tak nampak aje yeee..Haa tunggu.BEWARE wahai cik Maid dan adik-adikku. Kakak kalian ni sudah mahu back for good. You guys better keep all your belongings at the appropriate place. Or else, to the tong sampah they goes~!

  • Nak tawaf semua mall yang ada dekat KL.

  • Nak pergi bercuti. Ada yang nak sponsor tak? Saya nak naik kapal terbang dan tak mahu pergi negara Asia. Tapi kalau dapat pergi Jakarta atau Bandung pun ok jugak. Nanti dah kerja tak boleh dah nak cuti lama-lama ni. Bukan macam time belajar.
  • Nak main dengan anak buah aku puas puasss! Rindu gila pada si comel si comelku itu. Tunggu Yan balik wokey!

  • Nak jalan-jalan dengan Sak jugak. Tapi taktau nak pergi mana. Biasa la kan dia tu.

  • hmm..what else ha?..nanti la pikir. ngantuk la. Esok nak buat makan-makan dengan kawan-kawan. Tengah nak tengok menu. Ayam merah, kerabu kerang, gulai telur itik dengan mangga muda dan mee bandung, ok tak?

No comments: