Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 December 2008

Cerita Lama

Hye my dear readers. Sekarang I dah ada mood nak meng-update segala cerita yang tertangguh dah nak masuk sebulan. Entah kenapa malas sangat nak update. Maybe sebab banyak sangat kut. Tapi kalau tak update nanti macam mana saya nak recall all those memories bila dah tua, dah ada anak, kan?

Anyways, marilah kita bersama-sama membaca entri yang terpanjang ini. Siapa yang rasa-rasa nak ambil air ke, kerepek dulu ke, sila lah ye. Takut-takut bosan pulak membaca lama sangat.

Okay here goes..

I ada mentioned dulu yang I pergi Family Day Belah mak I kan. The event sangat lah best sebab I dah lama tak buat outdoor activities. Agesss ok. Dah lama tak exercise.

The first day, masa sampai dah around 2pm. Petang tu after minum semua orang turun tasik untuk buat water confidence. Tapi gambar takde la pulak nak tunjuk sebab cemera-girl masuk tasik sekali hihi. After that, kami pergi berkayak dekat hutan berdekatan. Itu pun best. I mana pernah berkayak. Memang sakit kaki tangan I lepas tu ok. Itu la siapa suruh tak buat regangan badan dulu.

Malamnya ada acara perasmian oleh ayah I selaku penasihat, pembahagian kumpulan dan acara karaoke. Abang I dapat no. 3. Dapatlah voucher JJ RM80 hahaha.

The next day ialah acara berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian. Berakit la. Tiap-tiap kumpulan kena buat rakit sendiri, buluh tayar dan tali disediakan. I satu group dengan ayah and abang I. So faham-faham jela dengan ayah I yang super bersemangat tu walaupun dia tak turun berakit sekali. Sakit kaki katanya. So contribution dia part mulut aje la. Mana taknya, hailer tu kat tangan dia, berkuasa veto lah dia jadinya. Sambil I dengan ahli yang lain mengikat tali, dia duk membakar perasaan kumpulan-kumpulan yang lain sebab siap lambat. Memang besar risiko kalau kita kalah ni, kata abang I. Nasib baik lah kumpulan I dapat no. 2. Kalau last habis kena gelak.


Seterusnya ialah War Game. I ingatkan I tak payah lah masuk game ni sebab macam untuk orang lelaki je. Tapi rupanya kena masuk juga. Aiyarkk penat merakit tak hilang lagiii!

Tapi tak apa la, baru mencabar sikit ye tak. Game ni memerlukan semua orang masuk dalam lumpur yang dah bercampur dengan telur sebab bomnya telur. Eeee geli betul masa mula-mula nak masuk tu, tapi bila dah berendam dalam tu, dah tak rasa apa-apa pun.

Setiap kumpulan dibekalkan 2 papan telur. I tak dapat tembak siapa-siapa pun. Baling asik tak kena je. Habis membazir peluru telurku. Caitt. Kena lagi ada la. Dekat kepala pulak tu sepupu I baling. Ciss kurang sopan la you baling telur dekat perempuan macam tu. Sakit tau tak?

Last-last kumpulan I kalah. But we had so much fun!

Petangnya kami adakan acara sukaneka. I masuk satu acara je , membina perkataan. Game lain banyak lelaki yang main and I was busy taking pictures of them. Game game lain yang ada macam laga ayam, ratu cantik, passing gelung rotan and apa lagi tah. Tapi memang best lah semua. Tergelak- gelak semua orang masa game berlangsung.

Malam tu, acara penyampaian hadiah and potong kek birthday and anniversary. And the next day is Raya Haji. Pagi tu hujan lebat dari malam sebelumnya. So pukul 9 pagi I bangun I tengok tak ada siapa pun budak yang bangun lagi. Yang sembahyang raya cuma 2orang je pagi tu! Hishh tak patut betul la budak-budak ni.

Lembu pun terpaksa kena sembelih dalam hujan. Kesian si lembu. Habis je sembelih and bagi bagi daging, we all pun balik to Kuala Pilah! yay!

Family belah ayah I ni, tiap kali sembelih lembu, wajib buat sup gear-box. Entah apa yang sedap sangat. Tapi bila makan ramai-ramai and time tengah panas, memang sedap pun.





My SIL sibuk ikat buluh



rakit kami dah siap!



mama tengah buat head band



ni masa tengah susun tayar

aliah

Luqman monyok sebab dia demam. Sian dia..

Boss karaoke



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Birthday Sak

We didn't celebrate besaran pun. Cukuplah setakat makan berdua dan sebuah hadiah. I bagi dia perfume yang dia suka.

Appetizer



My all time favourite




Sak punya

Jemput makan

Malu-malu pula mamat nih


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Birthday Bang Joe

It's my brother's birthday. Kami celebrate dekat Tony Romas. I tak suka sangat makanan dekat situ. Tak sedap. Sedap lagi makanan Chillis. Layan gambar je la okay


Luqman, mama, Aliah and me

Luqman and Aliah. So cute!

Willy Wildan

Say cheesssseeee!

Tak sedap

Birthday boy!

Kek ni serius sedap tak tipu!

MY FAMILY :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kerin's Wedding

Kami semua tak percaya Kerin was the first one to get hitch! Hehe. Bila dia bagitau nak nikah, I terkejut gila, Nadia apa tah lagi.

Pagi-pagi lagi I and Nadia dah sampai rumah Kerin. Kerin ni our schoolmate dari sekolah rendah sampailah menengah. Masa dekat sekolah dulu dia mana layan lelaki. Hehe jangan marah ye Kerin. Although the ceremony was small, but we really had fun. Her husband sangat spoting.

Congratulations again Dr. Khairina Akmar!

The bride and groom

We don't really remember what we're laughing about

Muka dah penat hehe

Posing sekejap

Me with the pengantin

Us with the couple

Cerita holiday will be on another entry la ok. Ni pun lama gila nak siap.

Tata for now!

owh I forgot, HAPPY NEW YEAR 2009!!


4 comments:

sak said...

takde la panjang mana

nike shoes said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Miss Kemek said...

nike shoes - what do u mean where i came from?

贵港热线休闲游戏中心 said...
This comment has been removed by a blog administrator.