Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 6 December 2008

Kek senget-benget??

Adik-adik I hari ini ada projek membuat cupcake untuk dibawa pergi ke Family Day esok. My adik yang si Liyana tu memang minat bab-bab kueh mueh dan kek ni. I tak. I suka memasak dishes. But not dessert. So mereka pun meng pung-pang pung-pang dekat dapur, sampai lah satu masa saya tengok Luqman, Wani and Liyana dah ada dekat luar tengah bubuh choc rice atas cupcake comel yang sedia untuk dikukus itu. Luqman biasa lah dia, mana boleh tak tolong. Bibik buat kerja pun dia nak tolong juga.


Luqman bersama untie-untienya


Selepas itu I pun leka main internet untuk beberapa masa, sampai lah I dengar Luqman cakap 'senget-benget'..'kek makcik senget-benget..'..'haha..kek makcik senget-benget'..Masa tu tak register pun dekat otak tapi bila Luqman dah cakap banyak kali I pun pelik, apa yang senget benget? Bila tengok dekat luar barulah tau yang kek yang dikukus tadi habis senget benget. Tak ada rupa kapkek langsung! Choc rice nya pun hilang terus. I pun gelak lah apa lagi. Terpaksa lah makan sendiri kek tu semua. Tak kan nak bawa esok. Buat malu aje. Last-last adik I kukus dalam loyang aje. Haha.



Kek senget- benget







1 comment:

Hunny MJ @ PinkyRetro said...

senget benget sbb paper cup lembik kan?
kalau nk buat dlm tu kene lapik dlm muffin tray tu...
xpun buat ja dlm paper cup yg keras..
hehehe...