Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 15 January 2009

Gold Coast Holiday Versi Terperinci

I ambil tour trip ni dengan Reliance Travel Agency dekat Wangsa Maju. Dekat je dengan rumah I. Banyak choice masa tu nak pilih. Australia, New Zealand, Korea, mana tah lagi I dah lupa nama dia. Tapi last-last I dengan my mom pilih Australia jugak. Tak ada la jauh sangat.

Flight kami malam, 940pm. Naik kapal terbang je, dah ngantuk. Biasa dalam kapal terbang I susah nak tidur. Tapi somehow I rasa AirAsia X ni kerusi dia besar sikit dari kapal MAS. Ye ke? Entahla. Maybe kut. I pun dah lama tak naik kapal terbang MAS. I tidur 3 jam je tapi. Lepas tuh dah tak boleh tidur sampailah dekat Australia.



Gambar I tengah tunggu kapal terbang. Sementara tu kita test wireless LCCT dulu. Dalam kapal terbang dia bagi makan nasi lemak. Menu takleh pilih. I duk sibuk la nak makan benda lain sekali semua dapat nasi lemak aje rupanya. Haih buat malu je.



Ni baru sampai airport Coolangatta. Airport kecik je sebab ni yang paling dekat dengan Gold Coast.


Day 1- Movie World

Sampai Airport Coolangatta dah pukul 8pg waktu Aussie. Kami disambut dengan seorang Santa Clause dekat pintu keluar. Terus dia bagi I gula-gula. Then we headed to the bus which will bring us to the Movie World. Apa macam ok tak, tak mandi apa terus pergi Movie World. Best. Tak apa la kan, takde orang tau. Hehe.




Haa masuk je Movie World, perkara pertama yang I buat ialah ambil gambar dengan sign board besar tu dulu. Tengah tak ramai orang ni baik la ambil. Kang kalau dah ramai, berebut pula nak ambil. Angle pun lari, tak dapat nak ambil centre. Tengok, kan cantik gambar tu. Tak lupa, mekasih encik tripod! Lepas tu kitorang tengok 4D movie, Shrek. Mama suka sangat kalau bab bab 4D ni. Tapi memang best pon. Shrek naik kuda, kita sekali rasa macam naik kuda.

Dah tengok 4D movie, kitorang benti makan and semayang dulu. Jangan risau, dekat movie world ni ada surau tempat solat. Best kan? Tak payah nak fikir takde tempat nak sembahyang ke apa. Semua disediakan. Restoran makanan halal pun ada. Tapi kitorang tak makan dekat situ sebab buffet. Takut tak habis. So kitorang makan sandwich je. Tu pun sandwich sayur, gila tak sedap ok.



Movie world tu tak ada lah besar sangat. Game dia tak banyak yang I boleh main sebab semuanya yang boleh buat jantung I tertinggal kat bawah, I dah dekat atas. Paham tak? Eeee seramm. So kami just jalan-jalan and tangkap-tangkap gambar je. Satu benda je yang I and Wani naik, benda yang macam roller coaster pastu jatuh splash air tu. Apa tah namanya. Naik time tengah-tengah panas terik tu, best. Sejuk sikit badan. Kan I tak mandi lagi. Hehe. Memang penat jalan dalam tu walaupun tak besar. Dekat situ tak banyak show so we just hang around jela.




Lepas main benda splash tu we all had pancakes and ice cream. Sedapp! Tapi mahal ya rabbi. Aiskrim 2 dengan pancakes 4 ketul je dah nak RM50. Nasib baiklah sedap. Kalau tak, tak berbaloi langsung. Then kitorang tengok show Scooby Doo. Ramai betul orang.






Masuk pukul 3 je I dah letih gila. Sampai dah malas nak jalan lagi dah. Mama I dengan Wani still nak masuk kedai kedai giftshop lagi. I dah surrender. Last-last I tertidur dekat kerusi tepi kedai. Hahaha.

After that ada parade. Semua character ada macam gambar dekat atas ni. I yang tidur tadi terus terjaga tengok parade ni lalu depan mata.

Driver bas datang pick up pukul 445pm. Lepas check in hotel kitorang semua dah jadi kain buruk...terus tidoq sampai pagi! Punya la penat. I tak mandi pun terus tidur. So 2 hari la I tak mandi hahaha.


Day 2 - Sea World



Sementara tunggu bas I dengan Wani jalan-jalan dulu area Hotel kami.


Pagi-pagi lepas breakfast bas dah pickup pergi SeaWorld pula. Dekat sini we all tak payah sibuk-sibuk beratur nak beli tiket sebab tiket yang we all dapat tu dah cover 5 theme park dekat Gold Coast ni. Tinggal scan je, dah boleh masuk. Best kan. Masuk je Seaworld, we all terus tengok map and show schedule.



Show first sekali yang kami pergi is Sesame Street. Sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Kitorang main belasah je tengok semua.



Lepas tu Dolphin show pula. Haih kalau la dapat bawa balik sekor kan best. Comel sangat dolphin tu! nak pegang tak dapat pulak. Then we rush for Sea Lion show and 4D show ( mama suka sangat yang ni.), dan macam-macam lagi. Kitorang target nak tengok semua show dekat situ. hehe. I suka Sea World daripada Movie World coz sesuai untuk semua peringkat umur. Owh I lupa nak bagitau tempat ni ada surau so tak payah risau nak solat. Lagi la mama I suka nak datang Aussie selalu, siap suruh I sambung belajar dekat sini lagi. Haiyo.



Next we tried the cable car. Cable car dia ada banyak station. Senang la. Tak tunggu lama pun nak naik. Dekat tengah-tengah tu nanti dia akan stop around 1 minute untuk bagi kita enjoy the scenery. Dari atas boleh lah nampak dophin tengah lunch. Ee I pun nak bagi makan ikan tu juga! Air dia dah la hijau macam dekat laut betul. Geram je rasa. Cantik sangat Sea World ni, bersih pula tu.


Haa ni lah tempat solat dia. Dah siap terbentang 3 sejadah. Memang cukup je untuk kitorang. Hehe. Very convenient. I suka!



Okay after break sembahyang, kita teruskan perjalanan. Jalan-jalan cari makan. Laporrr! Ingatkan nak makan halal restaurant tapi too expensive. So we opt for fish and chips which affordable although its quite expensive compared to Malaysia tercinta. Kitorang tak habis pun makan sebab portion dia besar sangat. Apa lagi, tapau la untuk dinner hahaha.



Tengok mama I tu, bukan main senyum lagi. Tapi sebenarnya dia yang paling takut. Hehe





Before balik I dengan Wani sempat lagi main kuda pusing ni. Padahal tu untuk budak-budak aje. Tapi dah takde orang kitorang belasah jela haha..




Dah sampai hotel I sambung jalan-jalan dekat Surfer's Paradise. Masuk kedai Guess, diorang tengah sale 30%. Haa ni lah gambar yang I nak tunjuk you all tu. Mana lah tau ada sesiapa yang berkenan nak kirim. I suka yang kaler putih dekat atas tu, tapi bila pergi balik, dah habis. Caitt, tak ada rezeki..


Day 3 - Brisbane Tour

Sebenarnya trip ni takde dalam package. It's optional. Memandangkan hari tu chrismast day and alang-alang dah sampai Australia ni, kitorang ambil tour ni. It costs us AUD45/ person, not include food.



Pagi-pagi kenalah ambil breakfast dulu. Ni lah breakfast yang I makan hari-hari except lauk kari tu. Tu mama bawa dari KL, teringin nak makan nasi putih dengan lauk sebab kat hotel tu dia bagi nasi tapi makan dengan haper tah tak sedap langsung. So mama bawa lauk. Menu lain semua sama hari-hari. Chef hotel ni tak teringin langsung nak tukar menu. Apa laa..

Perjalanan dari Gold Coast ke Brisbane ambil masa dalam 1 jam suku. Dalam bas I tidur je, dah kenyang mestilah ngantuk. Bangun - bangun tengok dah sampai. Terus capai kamera, ambil gambar yang patut.


Tempat yang memula dia bawa ialah dekat park ni. Lupa la apa nama dia. Betul-betul dekat tengah bandar Brisbane. I pergi ni masa Chrismast Day, so takde kedai atau bangunan pun yang buka. Sunyi sepi bandar Brisbane hari tu. Dekat park tu ada benda alah ala-ala Eye On Malaysia tu. Lebih kurang sama je besarnya. Tapi tak buka, cuti kan. Dapat tangkap gambar jela. Lepas tu siap ada city beach lagi. Besar gila plak tu. Gambar takde kat sini. Tapi memang best gila. Kalau anak buah I si Luqman tu datang sure tak balik-balik. Tak pernah I tengok tengah-tengah bandar ada laut buatan.



Next stop is China Town. Kitorang kena lunch kat sini. Punyalah cari kedai yang halal dekat sini tapi tak jumpa. Last-last kitorang makan dekat seafood restaurant. Perghh sedapnya dapat nasi dengan lauk! Dah berapa hari tak dapat makan sedap. Sekali dapat makan, terus tak bercakap. Haha.


Destinasi seterusnya; Bukit apa tah lupa nama. Tempat tu macam look up point la. Boleh tengok permandangan yang cantik dari atas bukit. Lama jugak kitorang berhenti dekat situ, dalam 45 minit. So bergambar sakan lagi nampaknya.


And the last stop for the day is the park which located in the centre of Brisbane. I suka gila park ni. I can stay in the park the whole day! Banyak pokok yang cantik-cantik. Kalau buat tempat shooting, memang best. Banyak port-port menarik.



Day 4 - Paradise Country Farm & Mount Tamborine

Today we're going to see some kangaroos and koalas! Pagi tu hujan renyai tapi nasib baiklah sampai je tempat tu, hujan teduh. Kalau tak, tak bestlah nak berjalan. kitorang dah siap pinjam payung hotel incase hujan tak berhenti.

Paradise country farm ni kecik aje. It's a half day tour. Semua dah di schedulekan, tinggal follow je. First bergambar dengan koala, then tengok show, then show lagi, BBQ lunch and that's it. Muslims jangan risau, menu boleh pilih either veges, fish, chicken or beef. I choose vegetarian lasagna. Yummy!



Ni gambar masa tengah show. Dia siap bagi makan roti and tea after the show. Tengoklah kambing biri yang I pegang tu, comel sangat. Macam nak bawak balik je. I ni memang suka haiwan yang berbulu macam kucing ke, apa ke..

Haa yang ni first time experience, memerah susu lembu!


Petang tu kitorang decide mandi pantai. Duduk sebelah pantai takkan tak nak pergi mandi pantai pulak kan. Pelik la namanya tu. Tapi air dia, mak ai sejuk! I mandi kejap je, tak tahan. Ombak dia kuat. Sesuai untuk surfers je.




Ni acara potong bulu kambing. Sian kambing tu last-last jadi togel.



At Mount Tamborine



Day 5 - Harbour Town

Today we decide pergi Harbour Town, shopping mall yang besar dekat sana. We went there by bus. Senang je nak naik bas, bus stop pun dekat so kitorang jalan kaki je. Naik bus No. 709/703 kalau tak silap, it'll cost you AUD 5.10 pergi balik and the trip is around 20-25 minutes je dah sampai.


Day 6 - Going back home

Kitorang kena check-out around 10-11am. The flight was at 915pm so we've got plenty of time to laze around or walk around the place. I habiskan masa cari souveniers for my blogger friends and surfing dekat Mcd.



Tangkap gambar last time dekat tepi laut and surfing at McD Surfer's Paradise





That is all! For anyone yang nak pergi Gold Coast, I tak ambil muslim package sebab harga dia kena tambah RM1000+. Kalau muslim package ada include lunch stop and prayer stop. Tapi bagi I tak perlu pun sebab dekat theme park tu mostly dah ada prayer room. Bagi I lebih berbaloi kalau ambil package biasa. Kepada cik katak_78, kalau ada sebarang pertanyaan bagitau la ye.

16 comments:

i;ieta said...

beshnyerr gie..jaz 3 of u je ker?

Miss Kemek said...

i;ieta - yup just the 3 of us. it's like mother-daughter holiday ;)

sak said...

wahh banyak masa tulis pjg2

katak_78 said...

wahh..beh2..beh....katak-ayu mmg nak pegi..bape cost?? All included yer? kita cuci kaki je la? Ni package air asia ker or free n easy? hey..tel..me...

Miss Kemek said...

cost is about 4K/pax. Naik air asia. if naik MAS lg mahal. it's not free n easy, its tour package tp ada 2 hari free and easy. tinggal bwk duit mkn n shopping je. tapi kalau pegi bln 2/3 lg murah.

katak_78 said...

ooo miz kemek...i cant wait to go...hope ada peluang this year nak pegi...thanks sis..if i ada problem..ble tanya lagieeeeeeeeeeee

nad nazira said...

holiday yg beshhhh..=)

Betty A. said...

best nyer g gold coast...tp mkn auzzie mkn mahal kan??

Miss Kemek said...

yup makanan gila mahal.

bora said...

rajin u buat entry.. hehe..

my gold coast entry bulan 10 lepas pun tak buat-buat lagi.. just upload gambar je kat facebook.. rasanya tak terbuat dah kot.. haha

oh, gambar u dgn walrus kat seaworld tu sama je dgn posing kitorg dulu masa kat sana.. posing usap perut abang walrus.. hahaha

tak jumpa ek restaurant maharani tu..? kat sana ok jugak price dia.. takla mahal sgt, tp mahal la jugak, belas-belas AUD$..

tp mmg best kan..? rasa cam nak pergi lagi.. tak puas!

oh, btw, thank you soooooooo much for the souvenirs.. :)

~Sue

Name : missy keen said...

bestttttttttttttttnyer

Ina Noor said...

hello. mau tanya, malaysians nak pegi australia kena ada visa tak? *garu kepala*

Miss Kemek said...

ina noor - yup kena ada visa but no worries, senang je nak dapat. tak macam US.

Anonymous said...

rasanya masa i pergi sendiri lagi murah kot, free n easy je...

nurulhusna1188 said...

salam..sy nk emel blh x??nk tnye psl gold coast lg details..hehee..tQ!:)

nurulhusna1188 said...

dr GC ke Brisbane tu nak nek ape ye??