Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 4 January 2009

Entri Versi Melalut

2009 - Maknanya umur I dah masuk 25. Uish dah besarnya I ni. Patut dah matang dah tapi lagak still lagi macam budak darjah 6. Bila nak behave macam orang besar ni. I mean, dewasa la. I memang tak besar pun, kecil je. Bila tengok kawan - kawan ramai yang dah kahwin, baru la rasa diri ni dah dewasa sebenarnya.

Haih. Kahwin.

Kalau ikut I, nak kahwin sekarang pun I on je. Bukan apa, macam Ayu Raudhah cakap dalam paper hiburan hari ini, kahwin awal sebab nak dapat anak awal supaya bila anak-anak dah besar nanti, I masih muda lagi. Barulah vouge. Tak ada lah dah pencen pun masih lagi hantar anak-anak pergi sekolah. Silap-silap kalau muka tak awet muda, orang ingat I hantar cucu pula. Kan tak best macam gitu.

Mama I pun dah bagi hint supaya I kahwin cepat. Haih mama ni. Ingat kahwin tu senang ke. BF I tu kalau boleh tak nak bertunang, nikah je terus. Tak pun tunang terus nikah. Dulu I nak sangat bertunang, tak nak nikah terus. Tapi sekarang I tak kisah dah. Nak nikah terus pun boleh je. Sebabnya I fikir duit. Nak bertunang bukan pakai sikit. Itu hari kawan I bertunang, 5K dia berhabis. Itu lelaki, belum perempuan lagi. I ni pula I sedar I suka yang cantik-cantik. Kalau cantik-cantik = mahal-mahal. Mana ada cantik= murah. Ada ke? Tak tau la kalau yang cantik di mata I tu semua yang mahal-mahal. Padahal orang lain ada je yang rasa benda tu cantik dan murah lagi. Hmm..pilihan masing-masing. Mana nak kecau duit kalau nak tunang 'cantik-cantik' sedangkan I kerja pun belum lagi. So kalau pun I nak bertunang tahun ni, hujung tahun la agaknya sebab nak kena kumpul duit banyak-banyak dulu. Tu pun kalau la gaji I banyak la kan. Kalau kerja Petronas ke, Shell ke, ExxonMobil ke tak apa la juga. Ikat perut 3-4 bulan dah boleh bertunang dah. Ini bukan I yang tak nak kerja dengan diorang, diorang yang tak sudi nak ambil I. (Sampai hati U all). Diorang kalau bagi I peluang, I OK je. Hehe.

Balik ke cerita tadi. Hmm. I pun fikir nak ada apa-apa cepat juga. Yela, dah hari-hari keluar sama. Ke hulu ke hilir berdua. Mama salah. Dia ingat BF yang hangkut I ke hulu ke hilir, padahal it's the other way around. I yang sebenarnya suka hangkut BF I kesana kemari. Hmm nasib baiklah I dapat BF yang baik hati, melayan segala kerenah I yang mengada-ngada ni. I tak boleh tak jumpa BF hari-hari. Kalau orang lain, jemu agaknya. Tapi I lain. Dah masuk 7 tahun bercinta ni, makin lama I makin tak boleh renggang dengan dia. Dulu boleh cool lagi jumpa seminggu sekali. Sekarang seminggu 4-5 kali. Hehe. Memang mengada. (Syakir suka la tu I mengaku diri mengada).

Sekarang pun mama I tengah duk sibuk buat preparation untuk pertunangan cousin I next week. Boleh lagi dia expect I nak kahwin tahun ni? Dahla cousin I berdua tu nak kahwin tengah tahun nanti, ada hati nak berbesan sendiri tahun ni juga. Yang cousin I ni pun nanti separuh nyawa nak berkenduri. Haih mama..mama. Tahun depan aje lah ye you timang menantu lelaki. I pun tak kerja lagi. Selagi I tak kerja, jangan harap la you nak tengok I naik pelamin. :(

Bulan 3 ni kawan I pula bagitau nak bertunang. Hari tu cakap nak bertunang tengah tahun, tup tup diawalkan ke bulan 3. Dah tak sabar lah tu. Dah la dia suruh I jadi dia punya official photographer pula tu! Haiyoo. Ni yang I nerves sikit ni. I ni bukannya jurugambar pro. Setakat main-main tangkap boleh la. Nak mekap kan sepupu I minggu depan ni pun makan minggu juga dia punya nerves. Kalau tak cantik, habislah. Sah-sah semua tetamu akan tanya "Siapa yang mekap Anis tu? Tak cantik la" atau " Tak naik seri la mekap Anis tu". Takpun " Patut ambik mak andam pun takpe" Alamak, time tu mestilah jantung I dup dap dup dap kan. Kalau dipuji tak apa lah juga. Apa pun, tengok aje lah nanti hasilnya ye. I akan post kat sini nanti okay.

Ok lah, I dah melalut panjang. Ada orang komen I tulis sikit sangat. Harap-harap entri merapu ni dapat memuaskan hati anda ye. Thank you!

7 comments:

sak said...

M E N G A D A...haha

Miss Kemek said...

U pun sama jugak M E N G A D AAAAAA!

MsRahah said...

hahah
ur mum same je dgn my mum cik kemek!

mak mak ni mmg kan~ same je mentality dorg:P

i doakan u cpt lah dgr seruan, aminnnn

Miss Kemek said...

haah kan.

itu la. I pun arap camtu jgk. U bila lagi?? hehe

MsRahah said...

i?

aduiiii

soalan cepu emas tu...

doakan je lah ek:P

nanti u bleh dtg makan nasik minyak ehehe

katak_78 said...

bila nak publish hols kat GC? I plan to go this year..do advice me..

Miss Kemek said...

katak_78 - alamak sorii post holiday tu lambat sikit publish sbb baru siap half. don't worry nnt i publish okay.you'll get all my advise. Stay tuned :)