Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 24 January 2009

Sekitar aktiviti minggu sudah



Hye my blog readers, sorry for my silence. Hidup sekarang tengah sibuk sikit so takda masa nak update. Orang yang jadi penganggur ni pun jangan pikir tak sibuk tau. Bukan sibuk sebab nak kahwin ye. Sibuk dengan family. Well, last Saturday I pergi picnic with all my siblings, niece and nephews, SILs and not to forget my other half. At first ingatkan nak pinjam Luqman aje. Tapi last-last semua nak follow, so lagi meriah la. Dah lama tak keluar adik-beradik je. Best sangat!




Me and Willy wonka!








Yang belah kiri tu baby tua hihihi





Faces of Willy





Faces of Aliah





Mari serang Yan!









Kitorang pergi Lake Garden, which is my fav place. Anak-anak buah I tu, nampak je permainan dekat taman tu, wahh macam nampak heaven. Bertabur semua nak main itu ini. Menu yang I prepare ialah grilled lamb, coleslaw, mashed potato with gravy and egg sandwich. Most of the time I layan budak-budak tu main je. I pun tumpang main sekali hehe. Teringat kenangan main masa kecik-kecik dulu. Main buaian sampai tinggi-tinggi, kalau boleh sampai nak terlilit dekat tiang buaian tu. Alahai rindunya zaman-zaman tu..

Owh before that I lupa yang I pergi jumpa my good friend dekat UTM dulu (cehh macam dah lama sangat je habis belajar kannn). I nak bagi dia baju yang dia kirim masa pergi Aussie itu hari. Dia dah kerja. Aku jugak yang tak kerja kerj lagi. But I enjoy my life right now~! hihihi..

Me and Qila


Hari Ahad I dengan sepupu-sepupu I bercuti dekat Port Dickson. Bestnya bercuti tanpa mak bapak! Ni semua sepupu I yang buat plan. I follow je. Tapi memang seronok. Kitorang mandi laut, main banana boat (sampai kepala I terhantuk, sampai sekarang tak hilang sakit lagi), naik jetski, tangkap-tangkap gambar and pergi jalan-jalan cari makan ikan bakar sampai ke Melaka. Itulah, nama pun penganggur kan, nak pergi jalan anytime je boleh. Sepupu-sepupu I yang belajar siap ponteng kelas lagi sebab nak join trip ni. Heh memang semangat. Ke sebab kitorang yang menghasut?? Hikk~!




Pagi-pagi kitorang dah kena kejut dengan organizer suruh turun laut ok. Tengok tu organizer susah-susah buatkan sandwich bagai. Kitorang tinggal bangun cuci muka je hehe.




Haa naik banana boat nih memang seronok tapi part nak naik balik ni je yang kurang seronok. Lagi-lagi kalau ada penumpang macam ni. Hihihi. I suggest kalau yang berbadan besar jangan lah naik banana boat ni yek. Ini bukan cakap sindir, ini seriuss ( nyanyi macam dalam Wonderpets)




Perghh, lompat nak tinggi aje minah yang dekat tepi ni kan..





Amboi girangnya hati, mentang-mentang takda orang tua..





Berlari-larian ke pantai





Pelampung terlebih muatan





Nak naik jetski murah, pergi hari biasa. Gerenti dapat diskaun.










Gadis-gadis pingitan



MPPD ni mengular kait buah kelapa muda. I pun pau la apa lagi. Nak beli kat kedai RM3
satu dia jual. Makk aii mahalnya..





Pekena rojak dekat Alor Gajah





On the way nak pergi makan ikan bakar


Well next plan kitorang nak pergi mandi sungai dekat kampung pulak raya cina ni. Tak sabarnya~!

Okay dah habisssssss...


3 comments:

katak_78 said...

Beh siot pegi picnic reramai and yg paling penting semua ble bergedix sesama...nice piccas!!

sak said...

ye bagus la tu

Ninie said...

lawanya gmbr kat laut tu ..happy jer...