Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 12 January 2009

Sekitar Majlis Pertunangan Cousin Ai


Last weekend 2 cousin ai bertunang. Sorang abang, sorang adik. Hari khamis lagi ai dan mama ai dah balik kampung. Mama ai yang tolong buat hantaran untuk diorang. Dari sebulan dulu lagi mama dah sibuk-sibuk beli itu ini nak siapkan hantaran tu.

Sampai kampung ai terus mulakan kerja. Kerja pertama ialah membungkus muffin yang mak teh ai buatkan. Makteh ai memang pandai buat kek/dessert. Makteh ai ada meniaga dekat hentian sebelah lepas Sungai Besi yang menghala ke Seremban. Kalau jumpa gerai yang jual muffin atau waffles tu, ha itulah gerai Makteh ai. Sudi-sudilah singgah beli ye. Hehe. Muffin semua ada 300, tapi ai dengan mama tak larat nak bungkus semua, so we all bungkus 100 je. Kerja lain, nak pasang langsir, nak siapkan bilik pengantin, nak kemas-kemas rumah, macam-macam lagi lah.

Hari Jumaat ai temankan Anis, sepupu ai yang nak bertunang tu pergi ambil baju tunang dia dekat Seremban. Dah lama ai tak pergi Seremban. Ai yang drivekan Anis sebab purse Anis tertinggal dekat ofis dia. Warna tema Anis ni purple/pink. Hari tu cadangnya hijau, tapi Anis tukar warna baju. So kena lah tukar warna backdrop untuk pelamin sekali. Lepas ambil baju, kami cari kain ela untuk backdrop and terus balik Kuala Pilah.

Malam tu ramai sepupu ai yang baru sampai dari KL. So ramai lah sikit tentera yang boleh dikerahkan buat kerja. Ringan sikit beban ai. Diorang dengan jiran-jiran yang habiskan bungkus muffin tu, ai boleh rileks. Hehe. Lepas tu Anis minta ai test mekap untuk esok. Ai OK je tapi ni lah time ai berdebar. Ai pun bawa segala mak nenek mekap ai dan mulakan kerja. Mula tu kami berempat je dalam bilik. Lepas tu sorang-sorang naik atas. Last -last semua sepupu sepapat ada dalam bilik. Riuh betul dengan gelak ketawa. Cousin-cousin ai belah ayah ai ni memang cenggitu. Suka menyakat antara diorang and diorang pun memang kelakar. Ai suka. Tak kering gusi. Yang lelaki siap buff kuku lagi. Haih. Metroseksual betul la korang nih. Si bakal pengantin pula yang tak dapat nak kilatkan kuku. Lepas dah mekap, pakai baju pula. Kira raptai penuh juga la. Siap test duduk dekat pelamin bagai. Nasib baik lah makcik ai cakap mekap cantik. Lega sikit rasa.

Esoknya kami semua ke Senawang, untuk pertunangan abang Anis. Ada dalam 14 kereta juga la yang pergi. Penuh satu rumah tu dengan family kitorang je. Ayah ai yang jadi tukang cakapnya. Pungpangpungpang, terus ke sesi sarung cincin. Makjah ai mengigil nak sarung cincin dekat bakal menantu. Hehe macam dia pula yang pengantin. Lepas makan, kami pun balik ( makanan dia sedapppp).Tapi ai dengan sepupu-sepupu ai singgah Giant Senawang dulu merayau. Hehe.




The pinky ladies




Bergambar dengan hantaran dulu before bertolak





Luqman with his new shoes





Ai hehe




Rombongan bersama hantaran






Ni dara-dara pingitan






Luqman with his daddy. Truly a daddy's boy.





Jemput masuk. Sila sila..





Sukanya makcik ai nak dapat bakal menantu





Ni lah orangnya, nama dia Hazwani




With cousins





Pasangan bakal pengantin




The big day. Ai takde la bangun awal sangat sebab malam tu takleh tido. Bangun bangun cuci muka terus mengemas apa yang patut. Ai kena bersiap awal sebab nanti nak siapkan Anis pula.
Dalam pukul 9 lebih ai dah stat mekapkan dia. Gedebak gedebuk pukul 11 siap. Terus pakai baju tudung dan aksesori lain. Tadaa! Dah cantik!



Pagi-pagi lagi we all dah bekerja. Yang belakang tu bukan jerebu ye. Itu kabus. Sejuk gilaaa macam dekat Genting!




Mama tengah buat sirih junjung




Ai tengah bekerja dengan tekun. Tak cantik ni habisla..




Test dulu ambil gambar. Ni baru mekap mata je.






Sebelum majlis ada marhaban dulu






Adik ai ambil kontrak bulu mata palsu.






Tinggal nak pakai aksesori je ni






Tadaa! dah siap dah. Cantik tak??





Bakal pengantin dengan cik andamnya hehe



Cousins and aunty



Dekat pukul 1 baru rombongan lelaki sampai. Lewat sikit dari yang dijangka. Pakteh ai yang jadi tukang cakapnya. Pung pang pung pang bincang itu ini, terus ke acara sarung cincin. Akhirnya selesai juga majlis tu. Owh Sak pun datang juga. Hehe. Ni first time dia datang Kuala Pilah. Tapi ai tak sempat nak bawa Sak tengok kampung ai. Tak apa, lain kali lah ye Sak ai bawa yu. Tapi apa pun, thanks for coming. Really appreciate it dear! =)



Me with Sak


Ai, Luqman and Uncle Syakir



Lepas sarung cincin



Ai dengan bakal pengantin. Deco tu semua ai dengan mama yang buat sendiri tau.



Last sekali ialah acara potong kek yang sedap nak mati, strawberry cheese. Yummeh!



9 comments:

shay said...

aaa kemek...mana nak beli kerawang cekak ittew...kazen ai nak kawin june nie....haku le jadik mak andamnya..hihi

Miss Kemek said...

yang tu sewa dekat butik je. tak beli pun =)

Karen said...

cantek baju kebaya pink u tu..
hehe.

Miss Kemek said...

mekasih cik karen. =)

Ninie said...

cantikla baju kebaya kemek tu..pinky! so bila nak mkn nasik minyak lg ni?hihih

Miss Kemek said...

kak ninie - belum smapai seru lagi la kak heh.

bukan sak said...

Ai? haha

MsRahah said...

cik kemek, agak2 kan, brape meter ek kain yg u gune tuk buat tirai blakang mini pelamin for ur cousin's engagement tu ek?

and sangkut tu, are u using the big hook? or yg rotan rail yg mcm butik2 gune tu ek?

wahh byk soalan i, thanks for answering:P

p/s: nice deco btw!

Miss Kemek said...

owh kain tu i gune 5meter for every color. and i guna hook yang mcm nak sangkut langsir tu je. thanks for the compliment~! =)