Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 5 February 2009

Buka minda

Boleh tak kalau aku cakap yang aku tak suka dengan penulisan aku sendiri? Kalau boleh aku nak menulis macam orang-orang yang cool macam...ah malas lah nak mention siapa, karang perasan kembang lapan mangkuk pulak si penulis tu ( walaupun forever lah orang-orang tu takkan baca blog aku yang tak cool nih). Aku bosan la tulis macam ni (sambil menulis benda ni pun aku dah bosan). Asyik-asyik benda yang sama. Tentang aktiviti sehari. Tak ada peningkatan langsung. Aku teringin nak menulis pendapat aku tentang satu-satu topik. Tapi yang menjadi masalahnya ialah...aku tak banyak pendapat tentang satu-satu perkara. Well, aku sebenarnya adalah seorang pendengar yang paling baik. Bukan pencakap. Kalau pencakap, bagi dekat Sak. Dia tu, walaupun orang tengok dia pendiam (berlagak macam listener) , tapi bila dengan aku, dia punya cakap..huh, memang kalah ok. Kau tanyalah tentang apa-apa isu dekat dunia ni, apa aja yang dia tak tahu. Dia memang banyak knowledge, tu yang aku kagum sangat dengan dia. Kau jangan lah tanya dia benda-benda mengarut macam isu hati dan perasaan ke, masalah cinta ke, memang dia takkan berkomen lah kan. Tapi bab-bab politik dunia, isu-isu negara, apa-apa lah, dia memang power. Komen personal aku, aku tak pernah lagi jumpa lelaki yang so knowledgable macam Sak. Not that I know. So yes, aku still kagum dia.



Ok, berbalik pada topik aku tadi, aku dah bosan. Aku bosan baca sesetengah pemblog yang hanya berkisar tentang diri dia sendiri. Hari ni buat apa, beli apa, tayang sini sikit, tayang situ sikit, well itu apa yang orang katalah. Tak ada langsung nak bercerita tentang isu lain. Ke aku pun tergolong dalam kategori ini?? Oh tidak! macam yang aku tulis dekat atas tu, aku menulis tak berniat untuk menunjuk-nunjuk ke apa. Ni koleksi peribadi. Inilah hakikatnya. Kalau kau tak nak dimaki, diberi komen-komen yang tak sedap dibaca, yang menyakitkan hati, yang pedas, baik kau privatekan saja blog kau tu. Kan senang. Bila diprivatekan, pembaca setia pulak yang akan merayu-rayu agar jangan diprivatekan. Suka membaca blog anda katanya. Katanya laa. Tak tahu lah kalau belakang kau dia mengutuk sama jugak. Cuma tak published dalam comment box je. Mana kau nak tahu kan.



Ada jugak blog yang aku masuk, dia menulis berkisar diri sendiri, tapi mempunyai mesej dan sedap dibaca. Tak ada la rasa minah ni syok sendiri atau berlagak ke apa. Macam Hanis Zalikha, Blog Anak Mat Noor, Eireen Rusli, Sue Anna Joe. Semua tu blog yang menarik bagi aku. Penulisan yang overwhelmed tetapi dari sudut yang berbeza. Mahu blog menarik lain, klik hilangpunca atau gergasikerdil. Pasti tak kering gusi. Aku rasa aku dah mention nama-nama tu sebelum ni. Owh aku lupa nak mention nama Fynnjamal. Ya, dia seorang perempuan yang aku kagum. Coretan dia memang jujur. Dia tak berpura-pura dengan kehidupannya. Dia tidak malu untuk berkongsi cerita. Lihat saja sekarang, ramai yang memuja dan mengasihinya, bukan kerana perasaan kasihan atas apa yang berlaku, tetapi kerana Tuhan mencoretkan cerita yang menarik untuk dia dan kita semua tumpang gembira. Yes kak fynn, ai happy fo yu and ai sayang yu, somehow.

Haih. Aku rasa aku nak privatekan ajelah blog ni suatu hari nanti, tak pasti lagi bila. Tak pun aku buat blog baru tapi tanpa nama. Biar aku boleh menulis sesuka rasa tanpa orang mengenali identiti aku. Nantilah difikirkan, sekarang kepala aku tengah serabut. Bai.

4 comments:

Karen said...

u've been tagged ;p

kemek, if u nk privatekn blog,
do invite me ok ;)

sak said...

eh ni apasal puji-puji ni. ada apa-apa ke. privatekan je.

Miss Kemek said...

mana ada. ni puji ikhlas la. nak suruh i mintak apa-apa ke??

sak said...

tak payah la. tq