Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 13 February 2009

Kontroversi meja makan.

Seorang isteri telah membeli sebuah set meja makan yang memakan harga puluhan ribu ringgit. Meja makan tu besar sekali hingga boleh memuatkan 10 orang. Memang itu yang diidamkan si isteri selama ini kerana pabila tetamu ramai datang ke rumah, terpaksa makan bergilir kerana meja makan 6 orang yang sedia ada tak mencukupi. Si suami selalu bising kerana terpaksa membawa masuk meja gerai ke dalam rumah dan memberi tetamu duduk. Hai kasihan betul. Rumah besar tetapi tak cukup ruang nak makan, kata si suami. Kerana itulah si isteri nekad membeli meja makan yang baru.

Lori pun sampai. Sedang pekerja bangla sibuk memasang kerusi meja, si suami pulang dari kerja. Melihat meja makan yang baru itu, si suami diam saja tak memberi sebarang komen. Sejurus lori itu pulang, si suami mula membuka mulut...

" Ni achik la ni suka sangat baca-baca majalah, hasut mama beli.." si suami mula menyalahkan anaknya.

"Beli meja besar - besar ni, kalau I mati esok, siapa nak angkat alihkan??" si suami berkata dengan nada sinis. Lalu si isteri menjawab..

" I letak you dekat atas meja jela.."

1 comment:

sak said...

macam dah dengar je cerita nih