Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 February 2009

Seorang perempuan.

Perempuan.
Hawa.
Wanita.
Gadis.

Semua itu merujuk pada suatu yang sama.
Dan aku adalah salah satu dari mereka.
Bagi aku, perempuan itu unik, aku rasa.

Aku disapa oleh statement seorang lelaki yang aku kenal sebentar tadi. "Perempuan itu menyusahkan", katanya.
Aduh, bagai terpanah jantung mendengar kata-kata sedemikian tajam.

Seperti kata-kata seseorang kelmarin, lelaki dan perempuan itu berbeza. Ada yang kata perempuan itu mempunyai satu akal dan sembilan nafsu. Lelaki pula memiliki satu nafsu dan sembilan akal. Bodoh sangatkah seorang perempuan itu? Tolol benarkah mereka? Kadangkala perempuan itu memang sangat bernafsu, seperti ketika mereka membeli belah, tak dinafikan itulah nafsu terbesar mereka. Tapi jika lelaki itu satu nafsunya, mengapa mereka yang lebih banyak merogol?? Bukankah sepatutnya mereka yang dirogol???? Tak begitu?? Bukankah nisbah itu sudah terbalik, menjadi 9 nafsu kerana merogol dan 1 akal kerana tidak pandai berfikir. Yang aku mahu tekankan disini, kita sudah tersalah tanggap.

Sebenarnya, perempuan memiliki 1 IQ : 9 EQ. EQ lebih bermaksud ke jiwa. Dan ya, seorang perempuan itu memang besar jiwanya berbanding lelaki. Semua tahu itu. Perempuan lebih berperasaan, lebih mempunyai rasa, lebih cepat tersentuh, lebih sensitif dan peka. Bukan pekak. Lelaki pula sebaliknya, 9IQ:1EQ. Aku tak mahu bersikap seksis disini, cuma aku ingin luahkan rasa hati aku sebagai seorang perempuan itu. Aku tahu tak ramai lelaki di luar sana yang membaca blog aku ni, cukuplah sekadar berkongsi bersama perempuan lain, mana tahu ada yang berpendapat yang sama.

Nabi Adam dahulu pun dikurniakan Siti Hawa. Tidakkah itu bermaksud lelaki memerlukan seorang perempuan? Bayangkan bagaimana jika dunia ini dibanjiri lelaki semuanya. Bagaimana?? Tidaklah Tuhan itu menjadikan perempuan untuk menyusahkan semata. Seorang perempuan itu adalah pendamping lelaki, kerana mereka dijadikan dari rusuk lelaki, untuk dibimbing, bukan dari tapak kaki, untuk dipijak sesuka hati.

Perempuan itu memang kadangkala agak cerewet, agak mengada. Percaya atau tidak, mereka sebegitu kerana mereka sayang. Lebih mereka sayang, lebih mereka meminta perhatian. Ya, seorang perempuan itu sukakan perhatian. Suka dibelai, suka dimanja, suka diambil berat, yang kadangkala lelaki hanya ambil lekeh perkara-perkara sebegitu. Itu memang sifat mereka. Tuhan yang menjadikannya begitu. Kalau tidak, takkanlah semua perempuan itu sama saja??

Lelaki tak faham. Aku tak salahkan mereka, kerana itu juga sifat semulajadi yang Tuhan jadikan. Tapi jika ada sikap 'beri dan ambil', tak mungkin 'perempuan itu menyusahkan' itu keluar dari mulut lelaki.

Cuba kau dengar dua dialog yang berlainan ini;

Situasi 1

Perempuan: Sayang, boleh tak yu tolong hantar ai pergi situ malam ni?
Lelaki: Ah! Tak nak lah, ai nak keluar dengan kawan-kawan ai malam ni. Yu pergi la sendiri.

Situasi 2

Perempuan: Sayang, boleh tak yu tolong hantar ai pergi situ malam ni?
Lelaki: Sorry la b, malam ni I nak keluar dengan kawan-kawan ai la. Yu pergi sendiri boley?
Sorry sangat-sangat k.

Nah, kau rasa yang mana yang lebih kau senang dengar?? Aku sendiri boleh meneka. Tak perlu diberitahu. Apa yang aku nak highlightkan ialah cara. Cara itu sendiri memainkan peranan. Penting. Bukan apa yang kau mahu sampaikan, tapi bagaimana kau menyampaikannya. Faham?? Perempuan ni bukanlah mengada sangat. Kalau kau cakap elok-elok, pasti dia okay. Perempuan kan lembut hatinya. Seperti yang aku pernah tulis dahulu, aku kurang senang lelaki yang berkasar atau tidak hormatkan perempuan.

Aduhai, kadang-kadang aku terfikir juga kenapa perempuan bersikap begini. Aku sendiri tak suka dengan diri sendiri, boleh macam tu?? Itulah hakikat. Kita perempuan tak boleh lari dari berperasaan macam tu. Kecuali perempuan yang betul-betul cool. Aku kan dah bilang dulu aku tak cool. So here I am. Berperasaan macam seorang perempuan itu. Sucks. Aku benci perasaan macam ni. Menyampah gila okay.

Hmm aku sebagai salah satu perempuan itu berjanji akan cuba menjadi perempuan yang cool dan tak menyusahkan. Tapi lelaki juga kenalah jadi kekasih yang memahami. Boleh??

Banyak lagi yang aku nak sampaikan, tapi mood nak menulis aku dah hilang ke mana entah. Aku ni jenis yang banyak menulis kalau aku sedang beremosi saja. Sekarang emosi aku tengah cool, so aku tak banyak nak tambah. Terima kasih kerana membaca repekan ni sampai habis.


3 comments:

azie said...

100% setuju

sak said...

90% je. ceduk mana ni

Miss Kemek said...

mana ada ceduk-ceduk.