Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 March 2009

Lecturer kau cool ke macam aku punya?

Itu hari aku call lecturer projek aku, nak mintak nombor kad pengenalan dia. Aku nak letak dalam borang mintak kerja aku sebagai rujukan.

Aku pun call dia. Katanya dia ada dekat Seremban..

Aku : Dr. dekat mana tuh ( background bising)

Dr. Ajis : Dekat Seremban..Uhuk uhuk( Batuk). Batuk ni, semput..

Aku : Dr. Tak masuk hospital lagi ke hari tu?

Dr. Ajis : Tak, ada kelas pula. Nantilah..

Aku : oo..Dr. masuklah, nanti boleh saya datang melawat..

Dr. Ajis : Ahh tak apalah, girlfriend aku ada boleh jaga.. (Eceh, perasan. Siapa pulak kata aku nak jaga dia.)


Blablalbalbalblaaa..


Dr. Ajis : Hang nak buat apa nombor IC aku?

Aku : Saya nak pinjam duit dengan Ahlong.

Dr. Ajis : *Gelak berterabur*.


Blablablablaaaa...


Dr. Ajis : Nombor lama tu pakai lagi kan? Nanti saya kasi dekat nombor yang tu lah.

Aku : Haa OK OK. Ni second phone saya.

Dr. Ajis : Hahaha..macam gigolo lah hang nih.. (WTF!?!?!?!??!?!)


*Mesej masuk telefon*

" 710620-08-5497 no gua"

aku membalas " Gengster habis. Orait. wa caya sama lu."

tet tet..mesej masuk lagi sekali..

" Gua otai beb"

aku membalas pula "Otai otai tapi takut Doktor haha.." (Lecturer aku ni sakit. Sakit apa tak boleh la bagitau.)

Terus lecturer aku diam..Kah kah kah..


No comments: