Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 5 March 2009

My first job.





Hantaran dari pihak perempuan




Album dan CD


Pertama kali dalam 3 bulan aku menganggur ni, aku membuat sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pulangan. Aku dilantik oleh seorang kawan, Cik A untuk menjadi jurugambar rasmi bagi majlis pertunangan beliau. Aku tak keberatan sebab aku memang suka ambil gambar walaupun tak hebat mana. Dan tadi aku telah menyerahkan album gambar yang sudah siap kepada tuannya. Nasib baik tuannya suka. Aku lagi lah suka bila tuannya suka. Aku suka tengok bila orang suka dan suka tu aku yang buat. Hehe.

Terima kasih lah Cik A kerana telah memberi pekerjaan itu kepada aku. Aku rasa lepas ni aku nak buat bisnes kecil-kecilan lah. Sesiapa yang nak saya jadi jurugambar pertunangan atau event apa-apa, bagi tahu lah ye. Harganya tak mahal pun. Mula-mula ni memang aku bagi murah. Murah sangat dari fotografer luar sana. Sekarang ni kalau tak ada seribu dalam tangan, jangan haraplah nak pakai fotografer professional. Tapi aku takkan cas semahal tu. Separuh pun tak sampai. Aku nak cater orang-orang yang kurang berkemampuan, tu je. Oklah, off for now. I'm so proud of myself today =).

p/s Maaf nama si pemilik terpaksa dirahsiakan atas permintaan tuan majlis.

8 comments:

sak said...

nak book untuk aku kawin nnt boleh

Miss Kemek said...

memandangkan awak nak berkawin dengan saya, jadi jwpnnya ialah tak boleh ;p

YuNe said...

cun cun..leh la..book untuk kawen aku nanti..hihi..mau ker ker alor setar..aku bagi upah makan minum dan tempat tido la..okay tak??

dee said...

cntik la
aku kawen thn dpn..
aku book ko la..
ok x?
aku tunang, nikah n sanding sekali

Miss Kemek said...

Yune and Dee - boleh je no prob. Package kawan-kawan aku bagi murah sikit. Hehe.

[ Hanie ] said...

boleh tanye, kat mane nak dapatkan cover cd mcm tu eyh? Mcm lawo jer :D

Miss Kemek said...

owh cover CD tu saya beli dekat JB. tak tau la kalau dekat kl ada jugak. saya beli dekat kedai buku je. kalau nak next week saya boleh belikan sbb saya nk g JB. =)

[ Hanie ] said...

ouh yeke. Aritu sybaru pulang dari JB juge. hehe mekaseh yer. kalau nak nnt, kite roger :D