Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 20 April 2009

Mr. Lau dan protegenya.

Hari-hari aku sekarang penuh dengan perkara yang berfaedah. Kepala otak aku penuh dengan rasuk-rasuk yang entah melendut entah tidak, tiang-tiang yang belum tentu tegaknya, dan lantai yang mungkin tidak searas. Penuh. Aku makin tidak cukup masa. Atau seperti kata Saiful Nang, aku menggunakan masa aku sepenuhnya. Seawal 815 pagi aku dah sampai ofis dan jam 730 malam baru aku akan sampai rumah, itu pun kadang-kadang lajak ke 8 malam. Jam depan meja aku tu aku rasa macam cepat sangat bergerak. Kejap dah pukul 12 tengah hari, tengok lagi sekali aje dah pukul 4 petang. Ayayai! Kawan aku kata kalau kau rasa masa cepat berjalan maknanya kau enjoy apa yang kau buat. Enjoy ke? Mm mungkin. Mungkin aku selesa dengan kerja aku sekarang. Ramai yang menolong, tak lokek ilmu. Harap-harap biarlah begitu sampai bila-bila.

OK. Cukup cerita pasal kerja. Sekarang pun aku ada dekat kopitiam, melayan internet sambil sambung kerja aku sikit. Pergh, tak sangka aku workaholic gila sekarang!

No comments: