Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 15 May 2009

Belajar Bersyukur.

Aku menulis entri ni bukan untuk memburukkan sesiapa, bukan kerana dengki, bukan untuk memalukan. Aku cuma ingin jadikan ia pengajaran pada kawan-kawan lain.

Kita sedia maklum sekarang ini ekonomi kurang memberansangkan. Nak cari kerja pun susah. Sampai sekarang ni, masih ada kawan aku yang menganggur atau buat kerja di luar bidang walaupun dah hampir setengah tahun kita habis belajar. Tapi baguslah, biar luar bidang pun, mereka ambil juga sebab perlukan duit untuk hidup. Dah dapat kerja itu kira kita dah patut bersyukur. Bukan senang nak cari kerja sekarang ini.

Tapi aku tak faham ada segelintir orang yang masih memilih kerja walaupun dalam keadaan sekarang ni. Nak gaji tinggi, tapi tak nak kerja teruk, kalau tak, tak nak kerja. Sampai macam tu sekali? Nak kerja syarikat yang mantap-mantap sahaja macam Petronas ke, Ranhill ke, Shell ke, apa-apa la kampeni yang kalau siapa-siapa dengar pun, mesti tau lah. Kalau tak dapat kerja dekat kampeni sebegitu, baik tak payah kerja. Kamon lah, kita ni fresh-grad, janganlah demand tinggi sangat. Gaji nak 3K ke atas sahaja. Kalau dapat bawah dari tu, nak tolak. Ilmu pun cetek lagi, jangan lah jual diri macam itu sekali. Nanti tak ada siapa nak beli, baru tahu. Okay, aku tahu aku dah macam emo sorang-sorang dekat sini. Tapi aku rasa apa yang aku cakap ni betul.

Bagi aku, as a start, just take what ever opportunity that you got. Just learn and prove yourself what you can do. Jangan demand lebih tapi tak reti nak buat kerja. Kalau ada rezeki lain yang tawaran lebih bagus, bolehlah grab. Tak perlulah nak pung pang pung pang satu kampung nak kerja sana sini tapi habuk pun tarak. Kau masih juga di takuk sama. Belajarlah bersyukur. Ingat nasib orang yang kurang bernasib baik. Bukannya meminta lebih dari apa yang Allah dah offer. Usaha memang tangga kejayaan. Tapi kadang-kadang kita kena juga berfikir balik kebolehan sendiri. Tapi apa pun, pilihan di tangan masing-masing....

1 comment:

YuNe said...

betui betui..bersyukur apa yang ade..depan mata kita tu..semoga di rahmati Allah Insyallah.