Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 14 May 2009

Kesat.

Bagi korang, dalam sehari, apa makhluk yang paling banyak kamu sumpah?

Kalau aku, jawapannya ialah pemandu kereta. Aku paling banyak buat dosa kering atas jalan raya. Hanya kerana pemandu-pemandu Malaysia yang reti bawa kereta. Dari sekecil kesalahan sampailah sebesar kesalahan. Kadang-kadang baru undurkan kereta pun dah ada yang buat kesalahan pada mata aku. Tapi benda ini memang betul. Malaysian drivers really sucks. Bukanlah nak kata yang aku ni tak pernah buat salah atas jalanraya, tapi aku rasa ramai sangat Malaysian drivers ni yang rude bila berada di jalanraya. Ada tu kurang ajar, buat jalanraya tu macam bapa dia yang punya. Macam kita ni menumpang jalan bapa dia pula. Ada lagi satu kategori, yang tak tahu macam mana nak bawa kereta. Ambil lesen terbang agaknya. Contoh kesalahan ialah membawa kereta perlahan tapi ada hati nak duduk lorong kanan. Bawa kereta dalam keadaan konfiden sampai tak pandang langsung cermin tengah atau sisi. Wow. Hebat.

Jadi, adakah korang seperti aku atau korang golongan yang dimaki? ;p

1 comment:

Hanis Razak said...

sgt setuju dgn ape ko ckp..malaysia drivers (not all) sgt rude n selfish..