Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 10 May 2009

Manusia memang mudah lupa.

Aku bukanlah kawan yang terbaik dalam dunia. Aku menghargai kawan-kawan aku. Kawan-kawan yang mana hormatkan aku sebagaimana aku hormatkan mereka. Kalau mereka susah, aku seboleh akan menolong apa yang mampu.

Aku pernah ada kawan yang bila diorang susah, aku lah tempat mereka mengadu, tempat meminta nasihat dan pandangan tentang masalah percintaan. Entahlah, mungkin aku ni dah lama bercinta atau mereka senang meluahkan masalah dengan aku. Mereka kawan aku, dan aku suka menolong kawan-kawan. Tapi sekarang, masing-masing dah bahagia, terus lupakan kawan yang menolong masa susah dulu. Aku benci orang macam tu. Aku tak harapkan balasan, cuma aku terkilan aku ada kawan macam tu. Sekarang aku tak sedih kalau aku hilang kawan macam kau. Aku memang malas nak kawan dengan kau dan aku tak akan peduli pasal kau lagi. Just get out of my life. Kau memang manusia yang tak tahu menilai sebuah persahabatan.

No comments: