Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 2 June 2009

Engagement.



Hari Ahad lepas aku shoot dekat Bangsar. Majlis pertunangan adik kepada kawan aku. Seawal pukul 1 lagi aku dah sampai rumah Qila untuk ambil gambar hantaran bagi pihak lelaki. Adik Qila lelaki. So aku ni dikira photog dari pihak lelaki lah. Selepas dah ambil gambar hantaran, sembahyang dah bersiap, kami pun bergerak ke rumah pihak perempuan.





Perbincangan dilakukan antara bapa saudara sebelah lelaki dan datuk bagi pihak perempuan. Datuk kepada pihak perempuan ni kelakar sangat, tergelak aku bila dia buat lawak secara selamba. Selesai berbincang, masa untuk menyarung cincin. Mak Qila ratu drama, so haruslah berjuraian air mata. Begitu juga dengan mak kepada perempuan. Masing-masing berlawan air mata.



Alhamdulillah semua selamat. Yang pasti tomyam yang dihidang hari tu memang sedap! Lupa nak minta resepi. Aku dengan Qila tak habis hirup kuah tomyam tu walaupun pedas. Macam tomyam kedai.

Walaubagaimanapun, aku kurang berpuas hati dengan gambar yang aku ambil disebabkan ruang yang agak terhad untuk aku bergerak. Aku terpaksa stay di satu tempat tu saja. Ruang tamu dah penuh dengan rombongan kami dan hantaran dari pihak lelaki. Jadi apa yang aku ambil tu dari spot tu ajelah. Hmm..tapi takpe akan membalas dendam minggu ni pula dekat rumah Mawar..So Mawar, senyum manis-manis for me! =D

1 comment:

Hunny MJ @ PinkyRetro said...

ala...
sikitnya gamba...
gambar2 lain?
lom siap lg eyh?
ke dh upload kt flickr?
:)