Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 28 July 2009

Ajal maut di tangan Tuhan.

Aku masih lagi tak percaya yang Yasmin Ahmad sudah tidak ada. Dia pergi terlalu mengejut. Samalah juga dengan Micheal Jackson tempoh hari. Betapa Tuhan itu Maha Berkuasa, kan? Sedang kita berurusan di dunia, Dia tarik nyawa kita dalam sekelip mata. Tinggallah dunia, tinggallah keluarga, tanpa sempat berpesan maaf, tanpa sempat bersumpah syahadah. Oh Tuhan! Aku takut. Takut diberi nasib yang sama walau minta dijauhkan. Takut tak sempat bertaubat, takut tak sempat mahu memeluk cium semua yang aku sayang minta dimaafkan segala dosa. Takut bahagia yang dicari tak tercapai sebelum menutup mata. Dunia makin singkat, masa main suntuk. Jarum jam berdetik laju sekali dalam kita tidak sedar. Aku dapat rasa semua itu. Hari-hari hati aku berdetik 'kalau aku mati hari ini bagaimana?..'. Aku belum mahu mati, Tuhan. Iman aku belum kukuh. Aku belum jumpa bahagia yang aku cari. Aku tak mahu mati dalam hina yang begini. Banyak lagi yang aku mahu perbetulkan Ya Tuhan. Aku harap kematian Yasmin Ahmad itu dpat memberi iktibar pada kita semua. Tuhan berkuasa menarik nyawa kita bila-bila masa yang Dia kehendaki. Kita mestilah mempersiapkan diri dari sekarang. Takut terlambat nanti. Moga-moga kita akan lebih berusaha meningkatkan ketakwaan kita kepadaNya, InsyaAllah..

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut Akan semua dosa dosaku
Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Andai kutahu MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut Akan semua dosa dosaku
Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia Yang takut neraka
Namun aku juga Tak pantas di surga
Andai kutahu Kapan tiba ajalku
Izinkan aku Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut Akan semua dosa dosaku
Aku takut Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku Menangisku bertobat padaMu

No comments: