Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 5 August 2009

Blogging.

Hai apa kabar semua? Hopefully semua okay. Aku pun OK juga. Cuma biasalah sibuk dengan rutin sehari-hari. Sejak dah kerja ni, dunia blogging ni dah rasa macam tak relevan je. Tak ada masa nak bercerita dan dah jarang ada cerita-cerita menarik untuk dikongsi. Yelah, hari-hari buat perkara sama je. Pergi kerja, balik kerja, tidur makan dan kerja balik. Setiap hari macam tu lah. Kalau hujung minggu barulah dapat nak berjalan-jalan, dating atau buat apa-apa yang hobi yang digemari. Bercakap tentang hobi ni, benda yang dulunya jadi hobi dan sekarang dah bertukar jadi sumber pendapatan sampingan mendapat sambutan menggalakkan. Pasti ramai yang tahu apa dia. Yes, fotografi. Terima kasih pada semua yang percaya pada si cilik ni ya ;p. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik pada semua yang dah atau akan hire aku. Pada sesiapa yang nak melang sungkan majlis pertunangan, aqiqah, majlis hari lahir, photoshoot baby, toddler or kids, bolehlah hubungi nombor ni, 017.21.333.28. Jangan risau, InsyaAllah harga yang ditawarkan berada dalam bajet anda.

Hujung minggu ni ada 2 photoshoot yang nak kena pergi. Sabtu Majlis Pertunangan rakan sekerja di UITM Jengka dan Ahadnya Majlis Pertunangan Dee, rakan Poli and UTM dulu. Hopefully tak penatlah hari Sabtu tu sebab pagi Ahad nak ke Shah Alam pula.Minggu depan mungkin nak shoot Majlis Aqiqah di Sungai Buloh. Doa-doalah ada rezeki. Aku suka buat orang happy dan puas hati sebab dari situ aku pun mendapat kepuasan, and aku enjoy apa yang aku buat. That's the most important thing.

Bercerita tentang fotografi ni, ada satu benda yang aku nak kongsi, atau lebih tepatnya beri pendapat. Bagi pengantin yang mahu pilih fotografer untuk majlis perkahwinan anda, pilihlah yang mana anda rasa gambarnya sedap dilihat. Tak adalah, kadang-kadang ada sesetengah bakal pengantin tu hanya mementingkan nama dari hasil kerjanya. Kita kena perlu beringat, kadang-kadang ada fotografer yang suka mengeksperimenkan gambar. Contohnya macam apa ya? Macam suka eksperimen gambar menjadi kabur or sengaja menghendakkan efek noise yang biasanya seboleh nak dikurangkan. Hasilnya, pelanggan yang tak puas hati. So, kita kena berterus terang dengan jurugambar tu apa hasil yang kita mahu dan harapkan dari dia. Harga bukan pengukur sehebat mana jurugambar itu OK. Tak mustahil ada jurugambar yang mahu buat duit lebih dari minat terhadap dunia fotografi ni. Yang penting kita puas hati dengan hasilnya. Harap-harap aku tak macam tu lah bila berjaya dalam bidang ini nanti, InsyaAllah.

Baru-baru ni aku shoot Majlis Aqiqah anak buah terbaru aku, Daneeqa Ayra Binti Johan Azwanrezal. Yes that's my brother's daughter. Kenduri diadakan di kampung kami, Kuala Pilah. Aku memang tunggu event ni supaya boleh tambah koleksi portfolio aku untuk kategori majlis aqiqah. Nak tengok gambarnya sila tengok di Facebook aku okay. Kalau ada saudara mara atau kawan-kawan korang yang buat kenduri aqiqah anak, bolehlah contact kalau memerlukan photographer for the event ya. Cewah, ni entri nak promote ke apa ni heheheee..;p

OK lah dah panjang membebel. Need some rest. Babai for now.. nite nite~!

No comments: