Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 31 August 2009

Hidup.

Hidup bukan semua indah. Siapa kata hidup hanya ada benda yang indah-indah saja. Semua orang ada turun naiknya. Melihat susah orang lain membuat aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Hidup aku pun ada turun naik rodanya. Siapa yang hanya mempamer hidup yang indah-indah itu, fakap. Kamon, jangan hidup dalam kepura-puraan. Memang, peduli apa dengan manusia lain. Tapi aku tak suka. Kalau aku dah tak suka, manusia-manusia sebegini, tolong jauhi aku ok.

Aku baru dapat peluang tengok KAMI The Movie dekat TV tadi. Dan ya, air mata aku gugur somehow. Bila aku tengok filem tu, aku teringat pada persahabatan paling hebat yang aku pernah ada dulu. Persahabatan yang tak mungkin aku akan ada lagi. Persahabatan yang paling aku kenang, yang paling aku hargai dan yang membuat aku rasa aku sungguh bertuah memiliki sahabat seperti kalian. Tapi sekarang semua itu dah hilang. Manusia memang mudah berubah, begitu juga dengan sahabat aku yang berdua itu, atau sekurangnya salah seorang dari mereka. Berubah seperti kami tidak langsung pernah berkongsi tali persahabatan yang hebat itu. Tapi apa pun, terima kasih sahabat kerana aku berkesempatan mengenali kamu. Untuk aku menyayangi kamu sebagai sahabat seperti dulu lagi, mungkin tidak..

No comments: