Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 30 October 2009

Tentang poket yang tak berisi.

Seperti yang ramai tahu, dah nak masuk sebulan aku kerja dekat LLM. Setakat ni semua ok, despite ada beberapa mulut-mulut juih yang kata aku ni sombong blablabla. Tak kan lah aku nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal? Kalau aku tiba-tiba tegur dan dia tak membalas, tak ke malu namanya? Kalau mesra semacam, orang pun rasa pelik. Aku ni jenis yang kena orang tegur dulu, baru aku membalas balik. Aku tak suka campur hal orang dan aku tak nak orang campur hal aku juga. Kalau hal-hal biasa, aku ok. Kalau yang tak patut tu, aku panas lah juga.

Ok berbalik kepada tajuk cerita kita. Macam biasalah, kalau kerja gomen ni gaji payah nak dapat bulan tu juga. Kalau tak disebabkan hari raya india, mungkin sekarang aku dah joli katak dah. Tapi tak ada rezeki, nak buat macam mana. Terpaksalah aku tunggu 2 bulan. 2 bulan ok! Simpanan aku semua dah habis buat beli barang-barang rumah nanti (walaupun rumah baru pacak tiang). Tu tak termasuk dengan kena bayar Mr. Lau, bos lama aku sebab bagi notis sebulan je masa nak chow dulu.

So boleh agak lah kan berapa sen yang tinggal dekat aku. Memang tinggal syiling je pun. Nasib baik ada boyfriend, dialah yang support aku sebulan ni. Aku manage untuk kekalkan pinjam 1K je dengan dia. Hari tu claim duit pergi open house menteri dekat Tampin, medical check-up etc. dapat few hundreds. Hope bolehlah cover untuk lagi 25 hari ni. Boleh ke???

Haih, dah lama aku tak rasa sengkek macam ni. Rasa tak keruan. Nak keluar pun tak ada mood. Kalau dulu time ada duit, susah nak dinner dekat rumah. Makan luar aje. Tapi sekarang, nak pergi dating makan siap-siap dekat rumah dulu baru keluar. Yela, dahla aku pinjam duit dia, takkan aku nak suruh dia belanja aku lagi. Malulaaa...boyfriend bukan untuk disusahkan. Minta tolong sekali sekala bolehla.

Bulan depan dapat gaji untuk 2 bulan terus. Wow. Dah lama tak rasa kaya sikit. Macam-macam dah ada dalam kepala ni. Nak beli itu ini. Tapi nak kena simpan juga. Tahun depan nak k***n. Tak boleh nak boros sangat. Hope apa yang dirancangkan menjadi. Amin...

1 comment:

[S]itie [B]Um [B]Um said...

bestnye ade boyfriend support!