Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 1 November 2009

Tentang dia.

Dia.
Dia pensyarah di Fakulti aku masa di UTM dulu. Dia ialah yang bernama Dr. Abdul Aziz Chik. Tapi dia tak pernah mengajar aku, tak pernah mensyarah kerana dia hanyalah pensyarah projek semester akhir aku. Masa mula-mula aku nak mencari pensyarah projek dulu, aku hanya tahu Dr. Othman Che Puan sebab dia saja yang glamor. Lagipun dia mengajar kelas aku jadi dia sajalah yang aku kenal. Aku bukan ambil tahu hal-hal di fakulti pun dulu. Mana pensyarah yang mengajar aku saja yang aku kenal. Aku kan pelajar pemalas. Tahu pergi kelas, balik bilik saja. Husnilah yang kenalkan aku pada Dr. Aziz. Sebab dia ambil Dr. Aziz untuk jadi pensyarah projek dia. Masa itu aku terdesak sangat, tak tahu nak pilih siapa sebab kebanyakan pensyarah yang hot semua dah penuh. Nasib Dr. Aziz masih nak ambil aku masa tu. Mula-mula aku jumpa dia, aku memang takut. Dia nampak tak friendly, suka cakap yang menyakitkan hati. Acuh tak acuh je dengan projek ni.

Masa pra projek,aku rileks aje. Tapi bila masuk semester akhir, aku dah mula gelabah. Nasib baik Husni ada. Kalau bukan sebab dia, mungkin aku dah kena extend lagi satu semester. Dia banyak tolong aku. Terima kasih Husni. Kau memang kawan yang baik. Berbalik pada Dr. Aziz. Dr. Aziz memang susah untuk ditemui. Dia memang suka menyorok dari pelajar-pelajar dia. Kadang-kadang kereta dia ada luar makmal highway. Tapi bila dicari, orangnya tak ada. Tapi memandangkan aku hari-hari ke situ, akhirnya pembantu makmal tu bagitahu aku dimana Dr. Aziz bersembunyi. Dia sebenarnya tidur di satu bilik yang tak digunakan di dalam makmal tu. Pintu dia akan kunci dari dalam. Suatu hari tu, aku tengah buat ujian dalam lab, tiba-tiba Dr. Aziz keluar dari bilik sembunyi dia. Dia ingat tak ada orang, tapi bila dia ternampak aku, dia terus senyum sambil menggosok mata. Comel kan. Aku terus cakap "Good morning Dr.."

Dr. Aziz ni bijak tapi pemalas. Sama macam aku jugak. Kalau tak macam mana dia boleh dapat Dr. kan. Dia tak banyak bantu aku dalam projek ni. Biasalah, nak jumpa pun susah. Sampai kadang-kadang aku terpaksa tanya pada Che Ros. Nasiblah Che Ros tak berkira. Sampai ke hujung projek tu pun, aku masih buat lab padahal orang lain banyak yang dah concerntrate pada report. Rasa nak nangis pun ada. Tapi apa pun, akhir sekali aku terkejut sebab Dr. Aziz bagi aku A. Mungkin sebab kesian tengok aku buat lab masa bulan puasa.

Walaupun Dr. Aziz tak banyak membantu, dia lah satu-satunya pensyarah yang aku rapat dan yang terkesan dalam hidup aku. Yang aku banyak berkomunikasi (walaupun dalam SMS) dan yang paling menyakitkan hati.
Dia pernah cerita dulu dia ada kanser tapi dia survive. Tapi selepas aku tinggalkan UTM, aku dapat tahu dia jatuh pengsan kalau aku tak silap. Dia pernah cakap doktor suruh dia masuk hospital tapi dia degil. Dia juga perokok tegar. Tak lama lepas tu, dia dimasukkan ke hospital dan dibedah. Separuh paru-parunya dah dibuang. Sebelum dimasuk ke wad pembedahan tu, dia sempat SMS aku pukul 5 pagi beritahu dia akan dibedah dan minta didoakan. Sebak rasanya. Alhamdulillah pembedahan tu berjalan lancar. Sesak nafasnya dah kurang tapi dia tak boleh banyak bercakap. Hari- hari aku bertanyakan khabarnya. Katanya kemajuan science belum dapat cipta lagi ubat kemo renal cell carcinoma.

Raya lepas Dr. mesej aku. Katanya "hebat jugak kali ni, 1st time tak dpt balik..kerna ia dah migrate ke kepala. asyik baring je, coordinasi pun hilang, doa u all je la make me hapi". Terus berjujuran air mata aku jatuh. Tak dapat aku nak tahan rasa sebak. Kebetulan Sak ada masa tu. Aku mengadu pada dia minta ditemankan kalau berkesempatan melawat nanti.

Semalam aku SMS lagi Dr. bertanyakan keadaannya. Dia membalas '' tak tau la, pagi tadi buat bone scan, suspected tulang pulak" Haih..risau dibuatnya. Moga-moga Tuhan masih bagi Dr. kesihatan yang baik dan masih berikan aku kesempatan untuk melawat dia sebelum terlambat...InsyaAllah..

2 comments:

Muhammad Husni Hj Muhammad said...

dgrkn cite ko nimmbuatkn aku rse cm nk g melawat die je...

Miss Kemek said...

jom la..sian dia..