Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 15 December 2009

Minggu yang padat.

Lepas kursus minggu lepas (yang best gila tu. Nanti akan di storykan), kita beralih pula kepada minggu ni. Semalam satu hari ber-meeting sambil jalan-jalan cari makan sampai ke Seremban. Jauh tuh. Tapi tak ada lah jauh sangat jika anda menggunakan Highway LEKAS (ceh promote highway consession pula). Highway LEKAS ke Seremban tu belum siap lagi, tapi kami yang ada kuasa besar ni mestilah boleh lalu.

Hari ni ada audit dekat bahagian ni. Tapi rasa macam malas nak ambil tahu sebab banyak kerja yang nak disiapkan setelah puas mengulau melawat site semalam.

Esok dah Rabu. Lusa dah Khamis dan last day kerja before cuti seminggu. Wow. Best. Jumaat pagi-pagi dah kena bangun bergegas ke Bangsar sebab nak shoot nikah. Petang mesti dah penat so dijangka akan melepak dengan Sak or masak-masak dan makan di rumah.

Sabtu pagi pula akan bergerak ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan Pie a.k.a kawan sekolah Sak a.k.a kawan Sak adalah kawan saya juga. Selepas tu akan menjejak kaki buat pertama kali ke.....eh nanti lah cerita pasal tu. Tak best lah cerita sekarang. Hehe.

Saya dijangka balik ke KL pada Ahad pagi dengan driver sorang dan ditemani ramai orang. Naik bas. Kesiann. Sampai KL saja akan terus bersiap-siap untuk ke lapangan terbang sebelum berlepas ke Abu Dhabi. Barangkali masuk je kapal terbang terus tidur nanti.

Jadual minggu ni sangat padat. Diharapkan semua berjalan lancar, Amin..


No comments: