Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 16 February 2010

Kahwin Oh Kahwin.

Nak kahwin bukan senang. Banyak persediaan yang perlu ada. Yang paling penting sekali persediaan wang. Kalau tak ada yang ni, memang semua tak jalan. Kami merancang untuk mengadakan ikatan yang lebih kukuh tahun ni. Tak sangka banyak cabarannya. Barang hantaran, gubahan hantaran, baju nikah, baju sanding, semua tu nak kena fikir. Tambahan pula banyak yang cantik-cantik dekat dalam majalah-majalah dan internet, lagilah rambang mata nak pilih mana satu. Tapi kenalah bersesuaian dengan poket juga ye tak? Sekarang ni warna baju nikah pun dah tak reti nak pilih. Inikah pula detail-detail yang lain. Semua orang nak majlis yang sempurna, tapi biasanya perempuan mestilah mementingkan hal-hal dekorasi dan baju. Saya tak nak sewa baju, kalau boleh nak tempah sendiri. Tahlah, tak biasa rasanya nak pakai baju yang dah dipakai oleh orang lain. Tak selesa dan rasa lain macam aje. Lagipun saya ni badan kecil je, mungkin susah nak cari saiz.

Hal-hal kahwin ni pun boleh mengundang pertengkaran. Itu saya dah dan akan jangkakan. Biasalah, mak bapak kita taste lain, anak-anak pula nak lain. Kita taknak buat majlis berinai, tapi mak bapak kita yang eksaited nak  kita berinai. Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa diorang terlalu mengikut adat. Padahal semua tu tak ada dalam Al-Quran dan tak berdosa pun kalau tak diikut. Contohnya macam berapa dulang hantaran. Perlu ke nak kena balas lebih dua dulang dari yang diberi oleh pihak lelaki? Sumpah tak faham. Siapa tah yang buat peraturan macam tu. Tiba-tiba rasa nak marah je bila fikir. Kami dah rancang nak bagi bilangan dulang yang sama, contoh 5 balas 5 je. Tapi mak saya terus membebel. Haih. Susah susah..

Ayah saya pula seorang yang perfectionist, kata dia la.Saya pun perfectionist juga, tapi dalam erti kata saya lah. Saya suka yang ringkas tapi cantik dan elegan. Lelaki biasanya tak fikir sangat hal-hal dekorasi ni. Yang penting bagi dia ialah makanan. So saya harap bab-bab dekorasi ni biarlah saya yang buat keputusan dan bab-bab makanan tu saya serah bulat-bulat pada ayah saya.

Harap- harap semua perancangan berjalan dengan lancar..amin..

3 comments:

Karen Yaacob said...

hi kemek ;)

Congrats ye. insyaallah, i also going to settle down dis year :"> hehe~ n i cudn' agree more, mmg byk benda nk pk bile kite nk mula pk psl kawen ni.

but as 4me, thanks god En.BF n my family bg 100% trust to my decision as wat i want it to be. hehe. tp still, xlega mana pn selagi x settle. hoho.

;) all the best dear.

Miss Kemek said...

karen, good luck tau~! ;) jangan lupa jemput yer..hehe

Miss Kemek said...
This comment has been removed by the author.