Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 14 May 2010

Hujung Minggu.

Life sekarang ni macam sibuk sangat. Sampai dah tak ada masa sangat untuk family. Bayangkan, hari-hari pagi aku keluar pergi kerja, masa tu je aku sempat jumpa parent aku. Balik kerja kalau awal tu, aku jumpa lah parent aku kejap, lepas tu terus naik atas dan tak turun-turun sampai lah pukul 10 lebih. Turun bawah untuk makan je. Time aku turun, parent aku dah naik tidur pulak. So kiranya aku ni hye hye - bye bye je ngan mak bapak aku..Huhu..Kalau tak, balik kerja terus jumpa tunang sampai malam. Balik rumah dah penat terus naik bilik. Nama je duduk serumah dengan family, tapi kadang-kadang tu tak sempat pun nak borak dengan adik-beradik, mak bapak apatah lagi..hmm..

Oklah, enough cerita pasal family. Weekend ni ingatkan free sikit, tapi rupanya tak..

Sabtu - Panjat Bukit Broga dengan budak-budak ofis. Kononnya nak tengok matahari naik. Aku ni duk jauh, silap-silap pukul 430 pagi dah kena bangun. Lepas panjat Bukit Broga, pergi amik gambar staff LLM main futsal dekat Bangi. Then baru menghabiskan hari dengan tunang tersayang :)

Ahad - Amik gambar biskut untuk dijual oleh Elni. Elni member aku masa UTM. Mak dia jual biskut raya. So dia mintak aku amikkan gambar biskut-biskut yang dia jual untuk dimasukkan dalam blog and also untuk buat pamplet for distribution.

Sibuk jeeeee tiap-tiap minggu. Gambar Bechik tunang minggu lepas pun tak sempat lagi nak buat editing. Rindu pulak nak bersenang - lenang hujung minggu and masak untuk family. Bila lah dapat buat tu kann...


1 comment:

ZARA said...

wow. bz betul. paling bz i pon, dok rumah, kena download tv series, stalk FB orang, stalk blog orang, tgk desperate housewives, greys anatomy, ghost whisperer, csi, criminal minds, 90210. pastu kemas cats litter box, kemas rumah. tu je.


hehehehe. bz gak kan?