Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 3 May 2010

Mengamuk Tak Tentu Hala.

Aku tak kacau kau.
Tapi kenapa kau kacau aku?
Apa aku buat tu tak ada kene mengena dengan kau pun.
Tapi kenapa kau nak emo lepas tu mengamuk tak tentu pasal?

Kau memang tak pernah puas hati dengan aku kan?
Semua yang aku buat, semua salah dekat mata kau.
Semua yang aku cakap, semua menyakitkan hati kau kan?
Kau memang benci aku dari dulu lagi, aku tahu.

Aku tak pernah kacau apa yang kau buat dekat luar.
Dan aku juga tak suka kau persoal apa aku buat.
Aku bukan tak nampak atau tak tahu apa yang kau buat.
Aku cuma buat-buat tak tahu dan pura-pura buta je.
Sebab kalau aku fikir, hati aku jadi sakit.
Dan aku taknak buang masa dan buat hati aku sakit dan buang air mata aku sebab kau.

Bukan senang jadi aku.
Entah apa lah kategori aku ni nanti, aku tak tahu.
Dalam redha aku, ada parut paling dalam.
Dalam diam aku, barangkali ada dendam nanti, aku tak tahu..

Tolong jangan buat aku tawar hati. Sebab kalau tawar hati aku ni nanti, tak tahulah apa yang akan aku nekadkan...

No comments: