Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 23 July 2010

Mak.

Aku ada makcik. Tapi kami semua panggil dia mak. Mak lah yang menjaga wan dan atok dari dulu lagi. Sejak mak kahwin, mak dan abah memang tinggal dekat rumah kampung tu. Mereka duduk sama-sama dengan wan dan arwah atok Awal. Maklah yang menjaga makan minum dan pakai wan dan arwah atok.

Arwah atok meninggal beberapa tahun lepas selepas dilanggar oleh sebuah motorsikal sewaktu atok mahu pulang dari entah mana. Atok membawa basikal tetapi dia dilanggar semasa berjalan kaki menuruni bukit sambil memgang basikalnya. Sejak itu atok tak boleh berjalan lagi. Atok terus jatuh sakit. Atok tinggal di rumah kami di Gombak sambil dijaga oleh wan dan orang gaji kami. Kalau di sini, senang nak hantar atok ke hospital. Tapi satu malam semasa semua anak beranak dan cucu-cucu atok datang, atok tiba-tiba terdiam dan pandangannya hanya pada satu arah. Tak lama selepas itu, atok pergi buat selamanya. Sejak dari itu, tinggallah mak, wan dan abah saja di rumah kampung itu. 

Sabtu lepas mak masuk ke hospital kerana demam. Aku pun tak tahu sangat ceritanya. Ayah dan abah ke Indonesia selama seminggu. Jadi, pada hari Ahad itu selepas mama pergi menjemput ayah di lapangan terbang, mereka terus ke hospital untuk melawat mak. Mak dalam keadaan baik cuma dia susah bernafas. 

Pagi Isnin lalu, mak bersarpaan pagi seperti biasa. Abah bercerita mak makan bubur banyak pagi itu. Malam itu anak mak, alang yang meneman mak. Paginya along pula mengganti. Semasa jururawat mengambil darah mak, tiba-tiba mak sukar bernafas dan terus pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku mendapat SMS dari mama "Yan, mak dah dah meninggal..". Gelap sebentar dunia aku rasa. Aku terus bergegas balik ke kampung ditemani Sak.
Sekarang dah 4 hari mak meninggalkan kami. Tak ada siapa lagi yang akan masak lauk sedap-sedap kalau kami  balik ke kampung. Tiada lagi yang akan membebel pada kami sepupu sepapat. Tiada siapa lagi yang akan mengejutkan kami sahur jika kami berpuasa di kampung nanti. Tiada siapa lagi yang akan mengukuskan pulut. Tiada siapa lagi yang akan membuat lemang masa hari raya...*mengalir air mata*

Mak, ralat benar rasanya rumah di kampung tu tanpa mak. Seakan tak percaya mak dah tinggalkan kami. Suara mak terngiang-ngiang di rumah tu. Mak lah yang paling riuh kalau ada kenduri di rumah wan tu. Mak lah yang akan sibuk menjemput orang makan. Tapi hari tu, kenduri itu untuk mak. Tak kedengaran pun suara mak. Sebab mak dah tak ada..*sebak*

Raya ni takkan sama lagi mak. Tak akan semeriah dulu. Ayah dan mama tak pernah sesedih itu sebelum ini. Ternyata mak merupakan kehilangan besar bagi kami semua. Wan pun sedih juga sebab mak yang pergi jumpa atok dulu sebelum dia..

 Kami semua sayangkan mak dan mendoakan semoga roh mak dicucuri rahmat dan mak dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, InsyaAllah..AL-FATIHAH...



Gambar kenangan terakhir bersama mak (kanan sekali).

1 comment:

hunny said...

salam takziah..
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman insyaAllah..
entry nih sgt menusuk kalbu...
membaca juga boleh menitiskan air mata...
semoga akak sekeluarga tabah ya..
al-fatihah utk arwah..
:D