Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 7 August 2010

Betapa susah.

Susah untuk lupakan orang-orang yang kita sayang (atau yang pernah kita sayang).

Jujur. Aku ambil masa 8 tahun untuk betul-betul redha dengan pemergian arwah atok yang aku sayang sangat. 8 tahun. Bukan singkat. Dalam masa 8 tahun tu aku banyak menangis. Sampai suatu hari aku tak mampu nak menangis lagi. Aku tekadkan diri untuk betul-betul redha dengan pemergian dia. Moga roh arwah lebih tenang. Mungkin sebab aku rapat dengan atok lebih dari mak sendiri. Dulu aku tidur sebilik dengan dia masa kecil-kecil. Dia buatkan aku makanan macam-macam. Cakap saja nak makan apa, pasti dia akan tunaikan. Kalau aku demam, dia akan buatkan sup ayam dan basuh kepala aku dengan sabun buku. Dia umpama ibu aku. Tiap kali dia nak pergi masjid, aku akan cium dia dulu. Sebab tu aku susah nak terima dia dah tak ada. Aku selalu mohon pada tuhan supaya aku boleh jumpa dia dalam mimpi dan betul-betul dapat peluk dia..biarlah dalam mimpi pun...

Sekarang kalau aku rindu atok, aku akan cari baju-baju dia dulu. Aku akan pakai. Atok, kak lang rindu sangat pada atok......

Sekarang, mak pulak pergi tinggalkan keluarga kami. Aku tak tahu berapa lama aku akan menangis setiap kali mengenangkan dia. Walaupun, dia cuma makcik aku, tapi  banyak sangat jasa dia pada keluarga. Sebab tu kami susah terima dugaan yang Tuhan beri ini. Kami akan cuba tabah. Kami akan cuba lupakan walau payah. Macam aku cakap dulu, ralatnya tetap ada. Cuma sampai bila, kami tak tau...

Semasa arwah mak ada, dia berulang kali ingatkan abah untuk pergi mencari kayu api untuk buatkan penganan untuk kenduri kahwin aku nanti. Abah tak boleh lupa pesan mak tu. Abah carikan juga walau mak dah tak ada. Itu hajat dia, kata abah...*mengalir air mata*

Mak, kami masih lagi bersedih dengan ketiadaan mak. Raya kami takkan semeriah dulu mak. Kami akan besederhana saja tahun ini. Jangan risau, kami akan ziarah mak nanti. Kalau kebiasaannya, masa melawat kubur arwah atok, maklah yang paling sedih setiap kali raya, tapi raya selepas-selepas ini, kami pula yang akan bersedih menziarahi pusara mak...

Besar sungguh kuasa Allah, diberinya 3 rezeki iaitu anak Anis, anak Anak dan anak abang Joe, ditariknya mak kembali kepadaNya.

Ya Allah, jauhkanlah arwah mak dari siksaan kubur...


Abah, alang, along, mama, aku dan arwah mak


No comments: