Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 28 November 2010

I need a new handbag.

Berapakah tas tangan yang anda ada sekarang? (kalau anda yang membaca sekarang ni adalah perempuan)

Saya ada 1 saja. Ya. Satu. 1. One.

Can u believe it?

Tak percaya?

Serius, betul.

First tas tangan yang saya beli ialah semasa saya ke London kira-kira 5 tahun lepas. Ala murah je, kalau ditukar ke mata wang Malaysia, RM 150 pun tak sampai. Tas itu lah yang saya hangkut ke sana ke mari. Lama - lama tas tangan saya itu menjadi uzur sebab saya tak pernah ada tas lain untuk ditukar pakai. Jadi, saya tekad kumpul duit untuk beli tas yang baru. Cukup 4 bulan saya bekerja di kampeni CMP, saya beli tas yang baru, itu pun sebab ada jualan murah 50% diskaun. Kalau tak, memang tak merasa lah saya nak pakai tas tangan yang cap mahal-mahal. Dapat tas tangan baru, yang itu juga lah saya duk pakai hari-hari tanpa ikut baju apa yang saya pakai atau ke mana. Biasalah perempuan ni, biasanya tas tangan yang dipakai bergantung pada kemana kita nak pergi and acara apa yang nak dihadiri. Contohnya kalau majlis makan malam, eloklah pakai clutch saja. Kan lebih simple dan sesuai. Tak perlulah nak hangkut semua mak nenek yang ada dalam tas tangan yang biasa kita tu kan. Ada kawan saya tu, sampaikan jering pun ada dalam tas tangan hariannya. Ha! That's how handy my friend is! Sudu, garpu, semua ada! Kiranya kalau ditinggal dalam hutan pun boleh hidup lah! 

But that's not my point. The point is, tas saya sekarang ni dari warna honey dah tak jadi nak berapa honey dah. I need to send it to get cleaned. Adik saya cakap ada kedai yang boleh cucikan tas tangan kulit. Oh sungguh mudah! I need a new handbag! Rasa nak menjerit pun ada. Nak beli tapi ada orang tak bagi tapi kita bukan suruh dia belikan pun. Kita nak pakai duit kita sendiri. Tak minta dia temankan pun sebab kalau dia temankan mesti tak dapat beli punya. Haihhhhhhh....stresss... :(


1 comment:

syudududu said...

"Nak beli tapi ada orang tak bagi tapi kita bukan suruh dia belikan pun. Kita nak pakai duit kita sendiri. Tak minta dia temankan pun sebab kalau dia temankan mesti tak dapat beli punya. Haihhhhhhh....stresss... :("..

hahahahahaha...

naseb kite same dlm part membeli handbag baru..

aku selalu kalo nk shopping barang2 yg berkemungkinan besar xkan dpt beli kalo pegi dgn husband..aku pegi sendiri2 je..cuti half day ke then g klcc/gardens/pavilion..

bahagie!