Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 12 December 2010

It's Sun-day!

Sunday is tidy-up-the-room day! Biasanya hari Ahad saya akan kemas bilik saya. Tak tau lah kenapa bilik saya ni senang sangat berhabuk. Seminggu sekali mesti di vakum, di mop dan di lap semuanya. Saya tak suka bilik yang kotor dan berhabuk. Tak suka juga kalau bilik bersepah. Ya saya ni memang seorang yang cerewet. Saya suka mengemas sorang je. Kalau ada yang tak mampu buat, barulah saya akan minta tolong Sak buatkan. 

Mula-mula saya akan keluarkan semua barang dalam bilik, kemudian saya akan vakum semua habuk dan barulah di mop. Meja solek dan meja sisi katil akan dilap. Dah selesai semua tu, saya akan susun semula barang-barang ke dalam bilik.

Dah kemas bilik, semua baju yang dicuci pada hari Sabtu, saya akan gosok semuanya. Biar senang bila nak dipakai. Dulu menggosok untuk diri sendiri je. Sekarang load dah bertambah sekali ganda. Saya tak suka menggosok diwaktu pagi sebab ia akan mengurangkan masa untuk saya 'menconteng' muka. Sak tak bagi saya gosok baju dia, tak nak susahkan saya katanya. Tapi saya berkeras juga. Bagi saya itu tugas isteri, bukan dia. Kalau saya penat sangat baru saya akan minta dia gosokkan sendiri. Baju-baju akan dilipat dan disusun sebaiknya di dalam almari. 



 My scarves collection





 Sudut apa entah tak tau..





 I will hang my tops according to color supaya senang nak cari dan tak peningkan kepala.





 Baju Sak pun akan digantung rapi dan t-shirt semua disusun ikut warna (itu time rajin la hehe)






 Meja solek yang dikongsi berdua. Haruslah saya pemegang share terbesar kan. Semua botol mesti sentiasa disusun begini. Kalau Sak letak senget-senget, saya akan betulkan balik. Oh cerewetnya si isteri ni!






 Bilik kecil kami yang dah siap dikemas.






 Oh ini suami saya yang tengah ralit godek gadget baru yang saya hadiahkan sempena birthday dia tempoh hari (will update about that later).






 Tidak lupa juga untuk restock makanan merapu kami. Hehe.



Saya happy sangat kalau semua kerja tu selesai. Semacam satu kepuasan saya rasa. Saya suka tengok bilik yang bersih dan kemas. Boleh buat saya tersenyum sepanjang hari. Walaupun penat, I think it's one of the best feelings of being a wife! :)


No comments: