Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 12 January 2011

2011 Resolutions.

Salam semua.

Tahun 2011 dah masuk hari yang ke-12, saya baru nak wish Happy New Year. Tak apa lah kan, still January lagi.

Setiap kali tahun baru, ramai yang nak pasang azam baru. Walaupun ada juga yang azam-azam tahun lepas tak tertunai lagi. Saya pun banyak azam untuk tahun ni. Kalau diizinkan Allah, saya berazam..

  1. Nak jadi isteri yang solehah pada suami saya. Saya nak berikan yang terbaik untuk suami saya sebab saya sangat dia sangat-sangat.
  2. Nak balas jasa kedua orang tua walaupun tak terbalas rasanya. Tapi sekarang giliran saya pula untuk membahagiakan mereka.
  3. Mahu memiliki cahaya mata jika ada rezeki, InshaAllah..doa-doakanlah..
  4. Nak kumpul duit untuk masuk rumah baru pertengahan tahun nanti, InshaAllah. Nak masuk rumah baru ni, banyak duit nak pakai. Jadi, kenalah berjimat dari sekarang dan postpone dulu kemahuan-kemahuan yang sedia ada.
  5. Nak meningkatkan prestasi dalam kerjaya. New year, new start, new spirit!
  6. Mahu kembali membaca Al-Quran yang lama ditinggalkan, biarpun semuka surat sehari.
  7. Mahu hidup besederhana tetapi bahagia.
  8. Mahu lebih banyak bersyukur.
  9. Mahu lebih banyak beramal pada Allah dan tak terlalu mementingkan hal-hal dunia.
Cukuplah rasanya tu. Semoga semuanya berjalan lancar tahun ni dan saya harap tahun 2011 akan lebih memberikan kebahagiaan kepada saya, suami, keluarga dan anda semua. :)

No comments: