Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 7 June 2011

I'm Sorry.

Oren ialah seekor kucing yang entah mana datangnya, dengan tiba-tiba berani masuk ke rumah kami dan dia buat macam rumahnya sendiri. Mama jenis tak sampai hati, lalu diberinya Oren makan. Aku sendiri tak ingat bila Oren mula masuk ke rumah. Tapi masa mama tak ada minggu lepas, aku belikan dia makanan kucing sebab makanan kucing yang biasa kami beri pada Didi dulu dah habis. Didi sekarang makan ikan rebus. Tak daya nak bagi dua-dua ekor ikan rebus. Lagi pun Oren kucing jalanan, jadi pasti dia akan makan apa saja yang kami beri. Walaupun banyak lagi kucing-kucing tumpangan di keliling rumah kami, tak pernah kami beri seekor pun masuk. Tapi dengan Oren, entah kenapa kami jadi kurang kisah. Mula-mula dulu, aku kurang suka dgn Oren sebab dia kucing jalanan, memang biasa kalau kucing jalanan, kalau bukan penakut, dia akan manja semacam dengan kita minta perhatian dan makanan.

Oren selalu mengiau, masa mula aku beri dia makanan dulu, dia tak mahu makan. Tapi bila aku sedang makan malam, aku dengar ada bunyi seperti kucing -kucing liar di luar tu sedang makan mknn Didi dengan lahapnya dahulu. Aku ingatkan kucing liar, rupanya Oren. Barangkali dia segan mahu makan bila diperhatikan. Aku dan suami berseloroh "Oh...tadi malu nak makan ye..." sambil memerhatikan Oren di dapur. Tapi lama-kelamaan, bunyi mengiaunya buat aku rasa marah. Aku selalu marah Oren kerana suaranya tak sedap macam Didi. Oren selalu hendak bermanja dengan aku tapi aku mengelak. Masa Oren mula-mula masuk rumah kami, Didi dikurung dalam sangkarnya. Kemudian satu hari, aku keluarkan Didi dari sangkar. Didi masuk ke dalam rumah macam biasa. Bila Oren yang selalu bermaharajalela di rumah tiba-tiba bertembung dengan Didi, dua-dua terkejut. Oren terus mengeluarkan bunyi seperti nak bergaduh dan Didi macam biasa akan lari dahulu. Sejak dari tu, Didi akan melarikan diri setiap kali dia bertembung dengan Oren.

Jumaat lepas, aku marah Oren lagi sebab dia mengiau tak tentu pasal. Padahal aku dah bagi dia makan. Aku bagi dia makan cukup-cukup sebelum aku pulang ke Kuantan. Didi pula aku masukkan ke dalam sangkar dan aku sediakan makanan supaya dia tak lapar hingga mama dan yang lain pulang dari Shanghai. Malam Ahad tu ,aku sampai rumah pukul 1 pagi, tak nampak kelibat Oren. Aku hanya jumpa Oren malam tadi, selepas aku makan malam. Aku nampak nafasnya tercungap-cungap dan badannya susut. Hati aku dah rasa tak sedap. Aku belai kepalanya, aku tanyakan kenapa walaupun aku tau dia takkan menjawab. Aku usap badannya sambil meminta maaf kerana aku selalu marahkan dia. Kemudian aku ambil makanan dari sangkar Didi dan berikan Oren makan. Oren makan seperti biasa. Hati aku lega tapi masih risau. Aku katakan pada Oren kalau dia tak sihat aku mahu bawa ke klinik. Aku dah terfikir mahu tanya pada Kerin kenapa Oren tercungap-cungap pernafasannya. Aku ambil tisu dan kesat tahi mata Oren. Tak tau kenapa aku baik sangat dengan dia malam tadi. Aku nak baringkan Oren tapi dia tak mahu. Oren bangun balik dan duduk sambil dadanya turun naik.

Tapi hari ini............

Oren dah meninggalkan kami semua..
Banyak salah aku pada Oren walaupun kami baru kenal dia sekejap..
Nasib baik aku sempat minta maaf dengan Oren sebelum dia pergi..
Selamat tinggal Oren.....
Selamat jumpa di syurgaaa....

 :'(

P/s: Aku selalu ingatkan diri aku jangan marah atau dendam dengan sesiapa terlalu lama kerana tak tentu umur orang itu panjang..lebih-lebih dengan orang-orang yang kita sayang..mana tahu kalau umur kita yang tak panjang..aku tak nak menyesal seumur hidup..aku mahu sayang dan bahagiakan semua orang yang aku sayang selagi hidup..tapi aku lupa bahawa haiwan pun makhluk Allah. Haiwan pun kesayangan aku juga. Aku tak boleh bayangkan kalau Didi tak ada. Ini baru Oren yang pergi aku dah sedih macam ni. Kalau Didi..mahu aku memerap dalam bilik seminggu..







No comments: