Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 1 July 2011

Rindu yang tak terbendung.

Didi..I miss you so much...dah hampir 3 minggu Didi pergi...hari - hari aku akan teringatkan kau Didi...pandang rumah Didi, terus sebak. Haritu Wani pakaikan loceng Didi di beg sekolahnya..pagi-pagi aku dah terdengar bunyi loceng tu..aku mencari-cari dari mana bunyi tu datang..sampai aku lupa yang Didi dah tak ada...biasanya pagi-pagi mesti Didi akan tunggu di depan bilik aku, tak pun dia dah belegar-legar di bawah lepas mama bagi Didi breakfast. Hari -hari aku akan say bye-bye dekat Didi sebelum aku pergi kerja. Itu lah rutin wajib aku hari-hari..aku akan usap hidungnya sebab itu memang kesukaan dia..

Kalau pulang dari kerja pun Didi lah yang pertama aku akan panggil..kalau ayah panggil anak kesayangannya "Adik..sayangg.." yang biasa dituju pada Wani, tapi aku biasa panggil kesayangan aku "Didi....sayanggggg..". Tak pernah lekang dari bibirku mengucapkan itu setiap kali ternampak Didi..dalam hidup aku, sayang itu hanya merujuk kepada dua orang yang aku sayang, suami aku dan Didi..tapi sekarang kesayangan aku dah tinggal satu... :'(

Suami aku kata aku psiko sebab aku akan panggil nama Didi bila-bila masa aku suka walaupun aku tak tujukan pada siapa-siapa. Aku dah biasa panggil Didi dan aku tak mahu nama itu hilang dari bibir aku..aku akan sentiasa panggil dia kerana aku tau Didi ada di belakang rumah. aku harap dia mendengar. Masa makan aku akan kata " Makan Didi...." atau sebelum tidur aku akan kata "Good night Didi....."

Setiap kali aku rindu Didi aku akan buka folder gambar di phone aku dan aku akan lihat semua gambar Didi. Nanti aku nak print gambar Didi dan jadikan satu album. Senanglah aku nak tengok gambar Didi kalau aku rindu..Semalam masa aku nak transfer gambar dari kamera ayah, aku terjumpa satu video Didi dalam camera tu. Wani yang ambil video tu..Wani manja-manaja dengan Didi, usap-usap leher dia..suka sangat Didi kalau orang belai-belai dia macam tu..aduhaii..tak dapat tahan langsung sebak di dada ni..terus berlinang air mata dek terlalu rindukan kesayangan aku tu...

Didi sayang, dah dua hari berturut aku terlalu rindukan kau sayang..rindu nak usap Didi yang berbulu tebal tu..perut Didi yang menggelebeh tu sayang...nak usap hidung Didi yang mancung tu...aku selalu cakap pada Didi.. "Didi good girl kann...."..Kenapa sayang pergi cepat sangat...kan aku dah janji nak bawa Didi duduk sama dekat kondo baru nanti?..

Tak ada kucing lain yang boleh ganti Didi..sebab Didi baik, Didi tak pernah buat orang marah, Didi faham apa aku kata..mungkin aku perlu pengganti Didi wpun takkan jumpa yang sama macam Didi..I need a cat. Semoga Didi tenang di syurga ye sayang..i just want you to know that I love you so much sayang and I miss you badly...can you please come to my dream....


No comments: