Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 April 2012

Yang satu itu.

Sedih. Risau. Perlukah aku rasa semua itu?

Betul kata Alin. Baik tutup saja akaun Facebook tu. Kadang-kadang ia boleh menyinggung perssaan kita. Lebih baik tak tahu, tak ambil tahu dan tak mahu tahu dari melihat sesuatu yang membuat tekakku perit. Bersedih di atas kegembiraan orang lain. Itu lah yang aku rasa.

Rencana Tuhan tu yang terbaik, aku percaya. Dan aku redha dengan apa jua yang mendatang. Aku tak suka berharap dan aku cuba sebaik mungkin untuk tidak berharap. Aku tak suka yang diharap tinggal harapan.

Duhai hati, janganlah bersedih. Percaya pada yang Maha Penyayang. Aku percaya dan yakin padaMu, wahai kekasih yang Maha Agung. Usahlah diberi ujian yang tak mampu ku tanggung..

No comments: